Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max kini rasmi dengan harga serendah RM 746 sahaja

redmi note 9 pro dan redmi note 9 pro max malaysia
Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max kini rasmi dengan harga serendah RM 746 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max yang mana perbezaan antara dua model ini adalah dari segi kamera dan teknologi pengecasan pantas sahaja.

Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max hadir dengan skrin paparan FHD 6.67-inci dengan reka bentuk punch-hole pada bahagian tengah, pemproses Snapdragon 720GB (8nm),  sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.

Selain itu, Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,020mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada Redmi Note 9 Pro adalah 18W manakala Redmi Note 9 Pro Max disertakan dengan pengecasan pantas 33W.

Perbezaan yang paling ketara antara Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max adalah pada kamera dimana Redmi Note 9 Pro hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.


Redmi Note 9 Pro Max pula hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Bercakap mengenai kapasiti RAM dan storan dalaman, Redmi Note 9 Pro hadir dengan dua konfigurasi iaitu 4/64GB dan 6/128GB manakala Redmi Note 9 Pro Max hadir dengan tiga konfigurasi iaitu 6/64GB, 6/128GB dan 6/128GB.

Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black dengan harga penjualan seperti berikut :

Redmi Note 9 Pro 4/64GB – INR 12,999 – RM 746

Redmi Note 9 Pro 6/128GB – INR 15,999 – RM 919

Redmi Note 9 Pro Max 6/64GB – INR 14,999 – RM 861

Redmi Note 9 Pro Max 6/128GB – INR 16,999 – RM 977

Redmi Note 9 Pro Max 6/128GB – INR 18,999 – RM 1,092

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.