Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro – Telefon Pintar 64MP Pertama di Malaysia dengan 6 Kamera dan 20x Zoom Hibrid

realme 6 Pro – Telefon Pintar 64MP Pertama di Malaysia dengan 6 Kamera dan 20x Zoom Hibrid

Walaupun telah dinobatkan sebagai syarikat yang mempunyai pertumbuhan terpantas di dunia, realme tidak senang duduk dengan pencapaian ini dan sentiasa berusaha memberikan yang lebih baik kepada pengguna mereka.

Selaras dengan semangat ‘Dare to Leap’, realme bakal memperkenalkan telefon pintar realme 6 Pro dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan menawarkan pengguna kebolehan 20x zoom hibrid pada lensa 64MP.

Walaupun dianggap sebagai telefon pintar kelas pertengahan, realme 6 Pro hadir dengan teknologi kamera kelas flagship yang terkini iaitu tetapan quad-kamera beresolusi tinggi yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor telefoto 12MP yang disertakan dengan 20x zoom hibrid, sensor ultralebar 8MP 119° dan lensa makro.

Sensor ISOCELL GW1 merupakan kamera utama pada realme 6 Pro dan ianya adalah sensor GW1 64MP berukuran 1/1.72 -inci yang memiliki aperture f/1.8 dan menggunakan lensa 6P.

Ianya mengguna pakai teknologi Quad Bayer 4 dalam 1 ‘pixel binning’ yang menggabungkan 4 piksel (gambar) menjadi satu piksel 1.6μm yang besar.

Hasil daripada proses ini membolehkan gambar yang diambil pada realme 6 Pro memiliki resolusi dan kualiti imej yang terbaik walaupun diambil pada keadaan cahaya yang kurang.

Sensor 8MP ultra wide dengan field of view 119° – penawaran sensor ini pada realme 6 Pro memastikan pengguna tidak perlu membongkok kebelakang untuk mengambil gambar yang sempurna kerana sensor ini adalah sensor ultra lebar yang cukup luas untuk anda mengambil gambar landskap, bangunan dan juga kumpulan yang besar.

Sehingga 20x Zoom Hibrid – satu lagi kelebihan kamera yang dimiliki pada realme 6 Pro adalah pengunaan sensor 12MP f/2.5 dengan PDAF yang menawarkan 2x zoom optik dan sehingga 20x zoom hibrid.

Lensa Makro – pengunaan lensar makro menjadikan pakej kamera realme 6 Pro sebagai antara yang terbaik pada tahap harga ini kerana ianya membolehkan anda mendekati dunia mikro pada jarak 4 cm sahaja.

Mod malam Nightscape 3.0

realme 6 Pro juga hadir dengan mod malam Nightscape 3.0 yang berasaskan Nightscape 2.0 namun telah ditambah baik dengan pelbagai fungsi baru seperti mod tripod dan mod ultra Nightscape.

Mod Tripod – mod ini membolehkan anda mengambil gambar ‘super long exposure’ sehingga 50 saat untuk menghasilkan gambar pada waktu malam yang lebih profesional. Hasil daripada mod tripod adalah lebih baik berbanding gambar mod malam yang diambil dengan memegang peranti pada tangan.

Mod Ultra Nightscape : realme telah menambah mod Ultra Nightscape pada realme 6 Pro untuk membolehkan anda mengambil gambar waktu malam yang ‘sebenar’. Walaupun pada keadaan cahaya 1 Lux, ianya mampu mengambil gambar waktu malam yang terang, jelas dan berkualiti tinggi.

realme 6 Pro juga disertakan dengan dua kamera ‘selfie’ pada bahagian hadapan iaitu satu sensor 16MP Sony IMX471 dan satu sensor 8MP wide-angle yang membolehkan pengambilan gambar selfie mahupun ‘wefie’ kumpulan yang besar.

Bukan hanya fakta di atas kertas, namun secara realitinya tetapan kamera realme 6 Pro dengani 6 kamera beserta 20x zoom hibrid ini sudah pasti memberikan pengguna pengalaman fotografi yang unik dan lain daripada yang lain.

Berita baik bagi pengguna di Malaysia, realme dijangka akan membawa masuk realme 6 Pro ke pasaran tempatan tidak lama lagi dan anda boleh mencuba sendiri kehebatan kamera ini.

Nantikan pelancaran realme 6 Pro di Malaysia dalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.