Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall

vivo nex 3s 5g malaysia
vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo NEX 3S 5G yang secara asasnya hadir dengan reka bentuk yang sama seperti vivo NEX 3 5G.

vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall 1

Perubahan paling ketara adalah penaiktarafan pemproses dimana vivo NEX 3S 5G ini hadir demgan pemproses Snapdragon 865 yang dilengkapi modem Snapdragon X55 (NSA + SA).

vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall 2

Sebanyak 2 kapasiti RAM ditawarkan bagi vivo NEX 3S 5G ini iaitu 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5X manakala storan dalaman adalah 256GB jenis UFS 3.1.

Dari segi skrin paparan, vivo NEX 3S 5G hadir dengan panel yang sama seperti vivo NEX 3 5G iaitu skrin paparan waterfall Super AMOLED berukuran 6.89-inci namun kini dengan sokongan HDR10+ (NEX 3 5G hanya menyokong HDR10).

vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall 3

Dari segi kamera, tiada sebarang perubahan apabila dibandingkan antara kedua-dua model NEX 3 ini iaitu pengunaan sensor utama 64MP f/1.8, sensor telefoto 13MP f/2.5 dan sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan mekanisma pop-up.

Vivo NEX 3S 5G akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W.

vivo NEX 3S 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865 dan skrin waterfall 4

vivo NEX 3S 5G akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu oren, hitam dan biru dengan harga penjualan seperti berikut:

Vivo NEX 3S 5G 8/256GB – CNY 4,998 (RM 3,043)

Vivo NEX 3S 5G 12/256GB – CNY 5,298 (RM 3,225)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.