Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Touch ‘n Go eWallet kini menyertai Ekosistem DuitNow dan menerima pakai kod QR DuitNow

Touch ‘n Go eWallet kini menyertai Ekosistem DuitNow dan menerima pakai kod QR DuitNow 1

Touch ‘n Go eWallet kini menyertai Ekosistem DuitNow dan menerima pakai kod QR DuitNow 2
Touch ‘n Go eWallet kini telah mengumumkan akan menerima pakai QR DuitNow iaitu QR Standard Kebangsaan Malaysia dan menyertai ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet).

DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 40 bank di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada ekosistem DuitNow, di mana 9 daripadanya telah menawarkan QR DuitNow dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka manakala 38 bank, e-dompet dan entiti bukan bank juga dijangka akan memulakan implementasi QR DuitNow dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang.

Touch ‘n Go eWallet kini menyertai Ekosistem DuitNow dan menerima pakai kod QR DuitNow 3

DuitNow QR akan menyemai landskap pembayaran yang lebih cekap, berdaya saing dan berinovasi di Malaysia dengan membolehkan fungsi saling boleh kendalian, menggalakkan persaingan kolaborasi dan menyediakan akses yang adil dan terbuka terhadap perkongsian infrastruktur pembayaran.

Menerusi QR DuitNow, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana Bank atau aplikasi mudah alih e-Dompet yang mengambil bahagian dan perniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR, iaitu QR DuitNow untuk menerima pembayaran.

Dengan QR DuitNow, seseorang peniaga itu hanya perlu mendaftar dengan satu pemeroleh bank atau e-Dompet, dan pelanggan semua bank dan e-Dompet yang mengambil bahagian tersebut boleh membuat pembayaran QR DuitNow kepada peniaga berkenaan menggunakan aplikasi mudah alih masing-masing,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Touch ‘n Go eWallet akan beroperasi di dalam DuitNow menjelang Julai 2020 dan merancang untuk melaksanakan proses peralihan secara progresif buat semua peniaganya kepada Kod QR DuitNow, bagi membolehkan peniaga berkenaan menerima pembayaran daripada lebih 22 juta pemegang akaun bank dan e-Dompet pada masa akan datang.

Tidak lama lagi, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menggunakan DuitNow untuk membuat pemindahan dana secara serta-merta di antara akaun Touch ‘n Go eWallet dan bank mereka serta e-Dompet lain.

Touch ‘n Go eWallet ketika ini mempunyai lebih 9 juta pengguna dengan 135,000 rakan niaga.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.