Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 tiba di pasaran Indonesia pada 19 Februari ini dengan tiga kamera dibelakang

realme c3 indonesia price

telefon pintar kelas entry-level realme iaitu realme C3 telah dilancarkan di pasaran India minggu lalu dan kini pelancaran di pasaran Indonesia pula telah disahkan dan akan berlangsung pada 19 Februari ini.


Walaubagaimanapun, pasaran Indonesia nampaknya akan menerima versi realme C3 yang berbeza iaitu dengan tetapan tri-kamera dibelakang dan bukan dwi-kamera seperti di pasaran India.

Berdasarkan tinjauan kami di laman realme Indonesia mendapati kesemua spesifikasi lain realme C3 adalah sama kecuali dibahagian kamera dan buat masa tiada sebarang maklumat apakah sensor yang akan disertakan pada versi ini.

Pelancaran versi realme C3 yang berlainan dipasaran Indonesia ini menimbulkan tanda tanya versi yang mana akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia yang mana kebiasaanya pelancaran di Malaysia akan menyusul selepas pelancaran di negara jiran.

Untuk mengetahui Spesifikasi penuh realme C3 anda boleh membaca laporan majlis pelancaran realme C3 kami.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.