Touch n Go RFID akan mula dijual dari 15 Februari pada harga RM 35 dengan penggantian percuma
Touch n Go RFID akan mula dijual dari 15 Februari pada harga RM 35 dengan penggantian percuma
Touch ‘n Go telah mengumumkan bahawa penjualan Tag TNG RFID mulai 15 Februari 2020 dengan harga RM 35 di semua pusat pemasangan RFID.
Bayaran RM 35 ini juga meliputi penggantian kali pertama secara percuma tanpa sebarang tempoh tamat.
Touch ‘n Go RFID merupakan komponen penting dalam menjayakan sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang akan menempatkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan China.
Insiatif ini disusuli selepas program perintis awam yang telah berjaya merangkumi 22 lebuh raya dalam tempoh 18 bulan dengan hampir 1 juta pengguna setakat ini. (Mulai 1 April 2020, Plus juga akan menawarkan perkhimatan Touch ‘n Go RFID).
Selain itu, pengunaan TNG RFID akan turut diperluaskan kepada pengisian petrol, parkir – TNG sedang mengadakan perbincangan dengan 20 pusat membeli belah terkemuka di Malaysia dan jualan runcit pandu-lalu.
Sempena pelancaran, Touch ‘n Go juga mengumumkan promosi ‘Ultimate RFID Toll Pass’ yang membolehkan anda memenangi RM 2,500 kredit Touch ‘n Go eWallet (40 pemenang) dan akan berlangsung dari 15 Februari hingga 15 April 2020.