Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi umumkan harga baru bagi siri Redmi Note 8 dan telefon pintar percuma dengan pembelian Mi Note 10

Mi malaysia promo

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan satu promo istimewa bagi kebanyakkan telefon pintar hangat di semua Mi Store Malaysia mulai 1 Februari 2020.

Paling menarik adalah apabila anda membeli Xiaomi Mi Note 10 atau Mi Note 10 Pro, anda akan menerima satu lagi telefon pintar secara percuma iaitu Mi A2 Lite (RM 599) bagi pembelian Mi Note 10 Pro dan Redmi 7A (RM 399) dengan pembelian Mi Note 10.

Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dilancarkan di Malaysia pada 4 Disember lalu dengan harga penjualan RM 2,099 dan RM 2,499

 

Dalam masa yang sama, Mi Malaysia juga telah mengumumkan harga baru bagi Redmi Note 8 Pro versi 6/64GB yang kini ditawarkan pada harga RM 899 sahaja manakala versi 6/128GB pula hadir pada harga RM 999.

Redmi Note 8 juga menerima pengurangan harga dimana versi 4/64GB kini ditawarkan pada harga RM 699 sahaja manakala versi 4/128GB pula boleh dimiliki dengan tambahan RM 100 sahaja iaitu pada RM 799.

Selain itu, telefon kelas entry-level iaitu Redmi 8 versi 4/64GB kini hadir dengan harga penjualan RM 549 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.