Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang!

Huawei Mate 30 Pro 5G Malaysia

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang!

1) Satu cara untuk memaksimakan pengalaman 5G anda.

– Setakat ini sebanyak 47 negara di dunia telah mengkomersialkan 5G. Kebanyakan rangkaian 5G ini telah  disediakan oleh HUAWEI yang mana ianya termasuk China, UK, Jerman, Itali, dan Dubai.

– Ini bermakna apabila anda menggunakan Huawei Mate 30 Pro 5G, anda boleh menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih stabil.

Anda juga merupakan antara yang pertama untuk menikmati pengalaman 5G di seluruh dunia iaitu dengan memiliki Mate30pro 5G apabila anda melakukan perjalanan sama ada untuk masa lapang mahupun perniagaan

2) Huawei adalah satu-satunya pembekal 5G akhir-ke-akhir dari rangkaian teras hingga ke peralatan terminal.

– Huawei mempunyai akses front-end, akses back-end, stesen pangkalan 5G, chipset 5G, perkhidmatan, peranti awan 5G dan lain-lain.

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang! 9

2) HUAWEI Mate30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G yang pertama di Malaysia untuk menerima sijil pematuhan 5G dari SIRIM

– HUAWEI sedang meneraju pasaran 5G dengan pengenalan telefon pintar 5G pertama mereka di Malaysia.

Mate30pro 5G adalah telefon pintar 5G pertama yang menerima sijil pematuhan SIRIM yang bermaksud anda dapat menggunakan semua jalur 5G di seluruh dunia supaya anda boleh menggunakannya di mana saja di pelusuk dunia ini.

3) Chipset Kirin 990 5G SoC.

– Bagaimana cip ini berbeza dalam HUAWEI Mate 30 Pro 5G?

Cip Kirin 990 5G yang digunakan pada Huawei Mate30 Pro 5G cip SoC pertama di dunia dengan baseband 5G bersepadu.

Cip dengan proses 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong rangkaian modul dua SA / NSA 5G, tetapi juga memastikan kestabilan penghantaran 5G dan penggunaan tenaga yang rendah.

– Pada masa yang sama, intergasi modem 5G didalam cip juga menjimatkan ruang dan kos sambil meningkatkan kecekapan tenagaZ

4) HUAWEI Mate30 Pro 5G menggunakan reka bentuk antena yang menyeluruh . Di antara 21 antena, 14 antena adalah 5G untuk mencapai prestasi terkemuka industri dan memastikan kelajuan tinggi serta isyarat 5G yang stabil.

– Berbanding dengan telefon pintar 5G yang lain, di bawah rangkaian yang sama, HUAWEI Mate30 Pro 5G adalah lebih daripada 50% lebih pantas namun pada masa yang sama menggunakan bateri dengan lebih efisen.

– Ini juga bermakna bahawa telefon pintar akan sentiasa menawarkan sambungan 5G yang stabil.

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang! 10

5) Huawei Mate30 Pro 5G, menyepadukan baseband 5G ke dalam cip SoC, memenuhi piawaian 2G / 3G / 4G / 5G full Netcom, mod 5G dual NSA / SA, 5G + 4G dwi kad dwi stanby, yang bermaksud telefon pintar dapat memberi respons sepenuhnya kepada rangkaian yang berbeza.

– Tidak kira bagaimana peningkatan rangkaian 5G akan berubah pada masa akan datang, HUAWEI Mate 30 Pro 5G dapat beralih dengan lancar, menawarkan pengguna pengalaman 5G dengan bandwith yang lebih besar, kelajuan yang lebih tinggi, dan latensi yang rendah.

– Selain itu, apabila melancong ke luar negara, anda boleh membeli kad sim 4G dan menikmati kelajuan rangkaian 4G yang lebih pantas melalui peranti 5G

6) Jika anda seorang peminat permainan video, anda akan sering menghadapi masalah seperti kelewatan rangkaian dan ketinggalan.

Dengan rangkaian 5G, anda boleh bermain dengan rangkaian yang lebih cepat dan lebih stabil dengan tahap kependaman rendah.

– Dengan keupayaan SoC Kirin 990 5G, HUAWEI Mate 30 Pro 5G membolehkan anda menikmati permainan internet latensi rendah. Apabila permainan secara ‘cloud’ dilancarkan pada masa hadapan,  anda tidak memerlukan telefon pintar baru dan boleh menjadi antara pengguna terawal permainan secara cloud yang menawarkan resolusi tinggi dan latensi rendah.

– Arkitektur GPU Mali-G76 MC16 didalam Kirin 990 SoC juga boleh melakukan pemprosesan grafik berkuasa tinggi namun dengan penggunaan yang lebih rendah, dengan itu memberikan kesan grafik yang lebih baik.

7) HUAWEI Mate30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G pertama di Malaysia untuk menerima sijil pematuhan 5G

– HUAWEI sedang memimpin, berdiri di puncak kemunculan 5G dengan pengenalan telefon pintar 5G

Dengan kedatangan 5G, jika anda ingin membeli telefon pintar 5G, HUAWEI Mate 30 Pro 5G dengan prestasi dan teknologi terdepan adalah pilihan terbaik di pasaran Malaysia.

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang! 11

8) Huawei Mate30 Pro 5G menduduki tempat teratas DxOMark dengan empat kamera Leica.

Dari segi konfigurasi, Huawei Mate30 Pro 5G mengamalkan reka bentuk kamera dua utama.

Satu sensor Kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.7 inci dan satu kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.54 melengkapkan satu sama lain.

Bukan sahaja Huawei Mate30 Pro 5G mempunyai keupayaan pengimejan waktu malam yang sangat baik, tetapi juga mempunyai kuasa untuk merakam video berkualiti tinggi.

10 sebab kenapa anda harus memiliki Huawei Mate30 Pro 5G sekarang! 12

9) Reka bentuk yang elegan dan teliti membawakan pengguna pengalaman visual yang unik.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G mempunyai skrin ultra melengkung yang menawarkan pengalaman tontonan yang sangat imersif .

– Tidak seperti pengunaan kaca seperti kebiasaanya, HUAWEI Mate 30 Pro 5G hadir dengan lapikan kulit Orange Vegan. Kulit belakang praktikal tidak tahan calar dan sangat mudah dibersihkan.

10. Meningkatkan kelajuan muat turun 5G

Dengan Kirin 990 5G SoC, Huawei mate30pro 5G membolehkan pengguna menikmati 50% peningkatan kelajuan muat turun 5G dengan penggunaan bateri yang lebih rendah.

Selaras dengan ujian 5G di Langkawi, ianya telah terbukit bahawa Huawei Mate30 Pro 5G boleh mencapai kelajuan muat turun sehingga 1.8Gbps.

Huawei Mate 30 Pro 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Februari ini pada harga RM 4,199

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.