Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda kini boleh mendapatkan telefon pintar Nokia di Shopee

Nokia Shopee Malaysia

Nokia Malaysia kini telah mengumumkan bahawa telefon pintar Nokia kini boleh dibeli secara atas talian melalui Shopee yang merupakan laman eperdagangan No.1 Malaysia.

Pelancaran stor rasmi Nokia di Shopee Mall membolehkan pengguna memiliki produk-produk terkini Nokia dengan lebih mudah dan pantas.

Anda kini boleh mendapatkan telefon pintar Nokia di Shopee 3

Sebagai promosi pelancaran, Nokia akan menawarkan telefon Nokia 2720 Flip didalam warna merah secara eksklusif di Shopee pada harga penjualan RM 359 sahaja.

Selain itu, mulai sekarang sehingga 12 Disember, Nokia akan turut menawarkan Nokia 2.2 (3/16GB) pada harga istimewa RM 399 manakala Nokia 7.2 (6/128GB) akan ditawarkan pada harga RM 1,099 (warna hitam sahaja)

Lebih menarik, Nokia akan turut mengadakan penjualah khas sempena Shopee 12.12 Birthday Sale dimana model yang disenaraikan di atas akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu RM 379 bagi Nokia 2.2 dan RM 949 bagi Nokia 7.2.

Maklumat lanjut dan senarai penuh semua model telefon pintar Nokia yang ditawarkan boleh anda lihat di stor rasmi Nokia di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.