Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat

  1. 100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 13
    Honor V30 dan Honor V30 Pro telah dilancarkan secara rasmi di pasaran China minggu lalu dan penjualan pertama telefon pintar ini telah mendapat sambutan yang tidak kurang luar biasa.

Penjualan kilat pertama ini telah menyaksikan sebanyak 100,000 unit Siri Honor V30 ini berjaya dijual didalam masa 3 saat sahaja.

Honor V30 dan Honor V30 Pro merupakan telefon pintar 5G pertama syarikat ini dengan pengunaan cip pemproses Kirin 990.

 

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 14

Honor V30 dan Honor V30 Pro hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.57-inci dengan resolusi FHD+ selain sensor capjari disisi seperti pada telefon pintar Honor 20 dan Honor 20 Pro.

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 15

Honor V30 dan Honor V30 Pro hadir dengan tetapan tri kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 40MP Sony IMX600 yang mempunyai dwi-OIS dan pemfokusan laser AF ( versi pro hadir dengan lensa f/1.6 yang lebih pantas, f/1.8 pada Honor V30).

Sensor telefoto Honor V30 dan Honor V30 Pro adalah sama iaitu sensor 8MP dengan pengzooman optik 3x, f/2.4 dan OIS.

Selain itu, Honor V30 Pro pula hadir dengan sensor ultrawide 12MP (nisbah 16:9 f/2.2) yang lebih memfokuskan kepada pengambilan video yang baik manakala Honor V30 hadir dengan sensor ultrawide 8MP f/2.4 yang biasa.

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 16

Pada bahagian hadapan, terdapat sensor kamera selfie ‘punch hole’ yang kini menempatkan dua sensor kamera iaitu dayu unit 32MP dengan sokongan mod malam Super Night dan satu sensor ultra lebar 8MP dengan 105-FoV.

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 17

Honor V30 hadir dengan cip 7nm Kirin 990 + modem 5G Balong 5000 manakala Honor V30 Pro pula hadir dengan cip 7nm+ Kirin 990 dengan modem 5G terbina.

Honor V30 hadir dengan kapasiti 6/8GB RAM + 128GB memori dalaman manakala Honor V30 Pro pula memiliki 8GB RAM dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 128/256GB.

Honor V30 dan V30 Pro juga hadir dengan Magic UI 3.0.1 yang berasaskan Android 10, GPU Turbo dan Kirin Gaming+ 2.0.

100,000 unit Honor V30 dan V30 Pro habis dalam masa 3 saat 18

Honor V30 hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh manakala V30 Pro pula hadir dengan bateri 4,100mAh. Kedua-dua model hadir dengan sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge 40W namun Honor V30 turut menerima sokongan pengecasan tanpa wayar 27W Super Wireless Charge.

Honor V30 dan Honor V30 Pro akan ditawarkan didalam warna Oren, Pearl White, Biru dan Black.

Honor V30 dan Honor V30 Pro dijangka akan memasuki pasaran global sebagai Honor View30 dan Honor View30 Pro namun masih belum ada sebarang tarikh pelancaran diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.