Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo S1 Pro disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Vivo s1 pro malaysia
vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo S1 Pro akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Pada mulanya, kami beranggapan bahawa vivo S1 Pro adalah model antarabangsa bagi vivo S5 namun pelancaran vivo S1 Pro di pasaran Filipina memberikan kita petunjuk bahawa terdapat juga perbezaan spesifikasi antara kedua-dua model ini.

Vivo s1 pro malaysia

Vivo S1 Pro hadir dengan skrin paparan punch hole Super AMOLED berukuran 6.38-inci (1080p), pemproses Snapdragon 665 , 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Vivo s1 pro malaysia

Bercakap mengenai aspek fotografi, Vivo S5 hadir dengan tetapan quad-kamera yang unik dibelakang dimana susunan kamera seperti bentuk berlian adalah berbeza daripada apa yang pernah ditawarkan dipasaran.

Sensor kamera yang digunakan adalah sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, Vivo S5 juga  hadir dengan FunTouch OS 9.2  berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,5000mAh (pengecasan pantas 18W) dan sensor capjari pada skrin.


sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.