Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom edisi 12GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 30 November ini

Oppo Reno 10x Zoom 5G Malaysia
Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa Oppo Reno 10x Zoom edisi khas akan diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 30 November ini.

Oppo Reno 10x Zoom yang memasuki pasaran pada bulan Mei yang lalu kini akan hadir dengan dengan 12GB RAM + 256GB storan dalaman.

Oppo Reno 10x Zoom edisi 12GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 30 November ini 3

Pelancaran Oppo Reno 10x Zoom ini akan turut berlangsung serentak dengan pembukaan stor flagship Oppo di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada 30 November ini.

Stor flagship Oppo ini adalah yang pertama untuk menampilkan zon servis dan zon penjualan di Malaysia.

Majlis pembukaan stor ini dan pelancaran Oppo Reno 10x Zoom pada 30 November ini akan turut dihadiri oleh Zul Ariffin dan Joey Chua.

*Kemaskini : Oppo mengesahkan bahawa Reno 10x Zoom edisi 12GB RAM tidak akan hadir dengan sokongan 5G di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.