Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Touch ‘n Go eWallet kini boleh digunakan di semua stor 7-Eleven

7-eleven Touch n Go

Selepas mengumumkan kerjasama dengan Lazada Malaysia, Touch ‘n Go eWallet kini mengumumkan bahawa sistem pembayaran ini kini boleh digunakan di francis peruncitan terbesar di Malaysia iaitu 7-Eleven di seluruh negara.

 Usaha ini juga selari dengan matlamat Touch ‘n Go eWallet untuk berkembang di lebih banyak pusat pembelian runcit, yang meliputi kawasan dalam dan luar bandar.

7-eleven malaysia touch n go eWallet

Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli pin tambah nilai di mana-mana cawangan 7 Eleven, yang sentiasa tersedia 24/7.

Penambahan 7-Eleven ke dalam satu kumpulan rakan niaga Touch ‘n Go yang kian bertambah merupakan satu nilai untuk syarikat dan juga pengguna.

Sempena kerjasama ini, pengguna yang pertama kalinya memilih untuk membayar tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven akan menikmati rebat RM8 dengan memasukkan PIN tambah nilai TNGJG7N1.

Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun 7-Eleven, pengguna juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat seperti:  

  • Dari 1 hingga 7 November 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membelanjakan RM11 ke atas dalam satu resit akan menerima cashback sebanyak RM7 (sah untuk 1 kali transaksi sahaja).
  • Dari 8 November hingga 31 Disember 2019, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM20 dalam satu resit, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menerima rebat tunai sebanyak RM4. Rebat ini terhad kepada (2 kali) sahaja bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen ini.

maklumat lanjut di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.