Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme raikan ulang tahun pertama bersama 4,000 peminat di Sunway Lagoon Nights of Fright 7


realme Malaysia, jenama telefon pintar yang paling berkembang pesat didunia telah meraikan ulang tahun pertama penubuhan syarikat ini dengan lebih 4,000 pengguna setia realme malam tadi.

Bertempat di Sunway Lagoon, realme telah memberikan hampir 4,000 pengguna realme peluang merasai sendiri Nights of Fright 7 yang mana realme telah menjadi penaja telefon pintar utama.

Night of Frights 7 membawakan rumah-rumah hantu yang menakutkan dan seram dengan 8 rumah hantu, 2 scare zone, satu teater berhantu, 11 permainan dan 2 persembahan pentas.

 Selain itu, 3 peminat realme yang bertuah akan menjadi pemilik baru realme XT yang merupakan telefon pintar 64MP Snapdragon pertama di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.