Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan 3 unit Oppo Reno2 pada harga serendah RM 204 sebulan melalui Digi Phone Freedom 365

Digi Phone Freedom 365 Oppo Reno2
Oppo Reno2 yang dilancarkan di Malaysia nampaknya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan ketika penjualan di roadshow siri Reno2 ini dan kini Oppo Malaysia telah mengumumkan penawaran telefon pintar ini melalui telko Digi.

Digi kini telah mengumumkan satu pelan menarik yang mana anda boleh mendapatkan 3 unit Oppo Reno pada harga serendah RM 204 sebulan dan anda juga boleh melanggan 2 talian sampingan pada harga RM 38 setiap satu dan menikmati 100GB kuota internet dan panggilan percuma ke semua rangkaian (seperti talian utama).

Oppo Reno2 Digi

Walaubagaimanapun, Digi turut menawarkan pelan Digi Postpaid bagi satu unit Reno2 dengan komitmen bulanan bagi peranti dan talian adalah RM 158 sahaja ( RM 68 bagi peranti + RM 90 bagi pelan).

Kesemua pelan yang ditawarkan oleh Digi bagi Oppo Reno2 ini hadir dengan kontrak 24-bulan dan untuk mengetahui spesifikasi penuh Oppo Reno2, anda boleh membaca laporan dari majlis pelancaran Oppo Reno2 di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.