Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5z dengan tetapan quad-kamera dan skrin hole-punch bakal dilancarkan

Huawei Nova 5z dengan tetapan quad-kamera dan skrin hole-punch bakal dilancarkan 1

Huawei Nova 5z Malaysia


Walaupun disekat daripada menggunakan perkhimatan Google Services, pelancaran produk Huawei tidak begitu terkesan dan Huawei nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model kelas pertengahan dibawah siri Huawei Nova 5.

Huawei dilihat telah memuat naik satu gambar di laman media sosial Weibo yang secara tidak langsung mendedahkan pelancaran Huawei Nova 5z akan berlangsung pada 21 Oktober ini (hari ini).

Berdasarkan gambar ini, Huawei 5z dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Nova 5i Pro dan ianya juga memiliki skrin paparan punch-hole manakala pada bahagian belakang terdapat panel quad-kamera yang mirip generasi Mate 20 dan Mate 20 Pro.

Antara spesifikasi Nova 5z yang telah disahkan adalah sensor kamera yang akan digunakan iaitu tetapan sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 8MP, + sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Huawei Nova 5z akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 810 dan terdapat juga sensor capjari dibelakang.

Walaupun ini merupakan model ke-6 didalam siri Huawei Nova 5, hanya Nova 5T yang memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,599 sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.