Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei berjaya menjual 37 juta unit telefon pintar siri Huawei Mate 20 dan Siri Huawei P30


Huawei telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah berjaya menjual hampir 17 juta unit telefon pintar siri Huawei Mate 20 manakala siri Huawei P30 adalah lebih baik dengan jumlah penjualan mencecah 20 juta unit.

Pengesahan ini telah dikeluarkan oleh Huawei sendiri di satu sidang 5G di China.

Selain itu, ketika pelancaran siri Mate 30 pada September yang lalu, Huawei ada menyebut bahawa 16 juta unit siri Mate 20 dan 17 unit siri P30 berjaya dijual dan didalam masa satu setengah bulan, 1 juta unit siri Mate 20 dan 3 juta unit siri P30 berjaya dijual.

Angka ini adalah sesuatu yang amat menggagumkan lebih-lebih lagi kerana penggantungan lesen Google yang sedikit sebanyak telah menyebabkan kesan negatif pada penjualan telefon pintar ini.

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro kini di Malaysia dengan skrin Horizon dan kamera terbaik didunia

Dengan ketiadaan perkhimatan Google Services pada Mate 30 dan kemungkinan besar pada siri Huawei P40, Huawei mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Siri Mate 20 dan siri P30 ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.