Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5T kini di Malaysia pada harga RM 1,599 sahaja

Huawei Nova 5T Malaysia

Huawei secara rasminya telah melancarkan Huawei Nova 5T dan lebih membanggakan pelancaran global telefon pintar ini telah diadakan di Malaysia.

Huawei Nova 5T Malaysia

Nova 5T merupakan model terbaru didalam telefon pintar Nova yang kebiasaanya hadir dengan reka bentuk dan spesfikasi yang menarik namun pada harga yang kompetitif.

Huawei Nova 5T ini  hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%.

Kirin 980 Huawei Nova 5T

Huawei Nova 5T juga memiliki pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka.

EMUI 9.1 nova 5T

Huawei Nova 5T  juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian sisi, EMUI 9.1 berasaskan Android Pie dan teknologi audio Huawei Histen 6.0.

Huawei Nova 5T Malaysia

Nova 5T juga disertakan dengan tetapan ‘quad’ kamera Sony IMX586 48MP f/1.8, sensor lensa lebar 16MP f/2.2, sensor kedalaman 2MP f/2.4 dan sensor macro 2MP f/2.4 selain kamera selfie 32MP.

Huawei Nova 5T Bateri Malysia

Nova 5T juga turut memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh dan ianya turut memiliki teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Nova 5T price malaysia

Huawei Nova 5T akan harga penjualan RM 1,599 dengan pra-tempahan  dibuka mulai 29 Ogos ini sehingga 5 September 2019 (penjualan rasmi mulai 7 September).

Nova 5T preorder malaysia

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM 325 iaitu 2 unit speaker  Huawei mini dan pengecas dalam kereta Huawei SuperCharge. ( pembelian selepas tempoh pra-tempah akan menerima pengecas dalam kereta Huawei SuperCharge).

pra tempah Huawei Nova 5T di : www.mshop.huawei.com/my/

pra tempah Huawei Nova 5T juga boleh dibuat di laman khas : www.nova5tpreorder.3ex.com.my

Selain itu, pembelian Nova 5T mulai 29 Ogos sehingga 31 September akan turut menerima lanjutan jaminan waranti selama setahun.

Huawei nova 5T

Huawei Nova 5T akan hadir didalam tiga pilihan warna gradiasi iaitu ungu ‘midsummer’, biru ‘crush’ dan hitam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.