Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate X disahkan akan memasuki pasaran bulan ini

Huawei Mate X malaysia
Pada MWC 2019, Huawei secara rasminya telah membuka lembaran baru didalam penawaran produknya dengan pelancaran Huawei Mate X.

Pelancaran telefon pintar futuristik ini adalah sebagai tindak balas kepada pelancaran Samsung Galaxy Fold pada awal bulan Februari.

Seperti Galaxy Fold, Huawei Mate X juga telah berdepan beberapa masalah yang menyebabkan penjualan telefon pintar ini tergendala sehingga sekarang.

Huawei Mate X malaysia launch

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu telah komited untuk melancarkan telefon pintar ini pada bulan ini dan laporan terbaru dari China juga memberikan indikasi bahawa telefon pintar ini sudah mula dikilangkan.

Sina Technology Company melaporkan bahawa proses pembuatan skrin lipat yang digunakan pada Huawei Mate X adalah sangat rumit dan ianya tidak begitu mengejutkan kerana teknologi ini masih awal untuk pasaran komersial.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi – telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia

Dua penyebab utama kelewatan Huawei Mate X adalah untuk mengukuhkan lagi ketahanan skrin fleksibel ini dan isu ini menjadi perhatian serius selepas laporan masalah skrin dan engsel pada Galaxy Fold.

Selain itu, satu lagi penyebab kelewatan ini adalah Huawei mahu memberikan optimasi antaramuka yang lebih sesuai bagi Mate X.

Huawei dilihat telah mengambil langkah pencegahan awal untuk memastikan Huawei Mate X tidak menghadapi sebarang masalah tidak dingini seperti Galaxy Fold.

Buat masa ini masih belum dapat dipastikan samada Huawei Mate X akan menerima sokongan Google Services ataupun tidak dan penjualan awal mungkin hanya dipasaran China.

Jika memasuki pasaran Malaysia, Huawei Mate X mungkin ditawarkan pada harga yang lebih kurang sama seperti Samsung Galaxy Fold yang dijual pada harga RM 8,388.

Samsung Galaxy Fold akan dijual pada 18 Oktober ini dengan harga RM 8,388

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.