Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Unifi Air dan Unifi Lite dilancarkan pada harga serendah RM 79 sebulan khusus kepada pelanggan Streamyx

Unifi khabar baik

Unifi Air dan Unifi Lite dilancarkan pada harga serendah RM 79 sebulan khusus kepada pelanggan Streamyx

Unifi telah membawakan satu lagi #khabarbaik kepada pelanggan Streamyx secara khususnya.

Unifi Air Malaysia

Unifi telah mengumumkan Unifi Air
perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan ini merupakan salah satu daripada penyelesaian untuk mempertingkatkan pengalaman internet pelanggan Streamyx sedia ada yang tinggal di dalam kawasan liputan 4G LTE (Unifi).

Unifi Lite

Selain itu, pelanggan Streamyx sedia juga akan beralih ke unifi Lite bermula September 2019.

unifi Air akan ditawarkan dari serendah RM79 sebulan dan pada masa yang sama, TM akan turut memindahkan pelanggan Streamyx sedia ada yang berada di luar kawasan liputan fiber unifi dan LTE kepada pelan terbaharu unifi Lite (kelajuan sehingga 8Mbps) pada harga yang lebih rendah iaitu RM 69 sebulan (pelangan baru RM 89 sebulan)

Selain itu, Unifi turut telah memperkenalkan aplikasi terbaru myunifi menawarkan ciri – ciri seperti pemasangan 24 jam, bantuan sokongan secara ‘live chat’ 24 -jam, jaminan kehadiran dan kemudahan pembayaran yang lebih mudah.
lain.

Aplikasi myunifi ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore dan Apple AppStore.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.