Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei EMUI 10 akan dilancarkan secara rasmi minggu ini

Huawei EMUI 10

Huawei EMUI 10 akan dilancarkan secara rasmi minggu ini

Semalam kami ada melaporkan bahawa sistem operasi tersendiri Huawei iaitu HongmengOS akan dilancarkan secara rasmi di Huawei Developer Conference pada 9 Ogos ini.

Selain pelancaran HongmengOS, Huawei juga kini disahkan akan melancarkan EMUI 10 yang merupakan versi terbaru UI daripada Huawei yang akan membuat penampilan sulung pada telefon pintar Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro.

Selain itu, pelancaran EMUI yang baru biasanya akan disertakan dengan sistem operasi Android yang baru namun buat masa ini masih belum ada maklumat akan nama rasmi Android Q dan bila ianya akan mula ditawarkan dipasaran.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai ciri-ciri terbaru EMUI 10 diketahui buat masa ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.