Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reviu Speaker Tronsmart Element T6 Plus – 40W, kalis air dan muzik tanpa henti selama 15 jam

 Tronsmart Element T6 Plus

Reviu Speaker Tronsmart Element T6 Plus – 40W, kalis air dan muzik tanpa henti selama 15 jam

Pengenalan

Tronsmart merupakan satu jenama yang semakin terkenal dipasaran yang mengeluarkan aksesori seperti Powerbank, pembesar suara Bluetooth, aksesori Gaming dan peralatan perumahan pintar.

Selain di Malaysia, Tronsmart merupakan jenama yang amat popular dan berkembang pesat di Amerika, Eropah, Timur Tengah dan kebanyakkan negara Asia.

Pada tahun Julai 2017, Tronsmart telah melancarkan pembesar suara Bluetooth dengan sokongan bunyi surround 360° yang dikenali sebagai Element T6 dan selepas hampir 20 bulan didalam proses R&D, Tronsmart telah melancarkan generasi terbaru pembesar suara Bluetooth ini yang dikenali sebagai Element T6 Plus.

Tronsmart Element T6 Plus telah dilancarkan secara rasmi pada 12 April 2019 yang mana ianya dilancarkan hampir serentak dengan ulang tahun ke-6 Tronsmart.

Pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element T6 Plus ini juga merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Duta rasmi Tronsmart iaitu Luis Suarez yang sangat menyukai prestasi Element T6.

Pembesar suara Tronsmart Element T6 Plus ini kini telah sudah mula ditawarkan di Malaysia iaitu melalui stor rasmi Tronsmart di Lazada dengan harga penjualan RM 339 sahaja.

Anda mungkin tertanya apakah berbaloi untuk membayar sehingga RM 350 untuk pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element T6 Plus ini dan kami telah diberikan peluang eksklusif untuk menguji dengan lebih mendalam kebolehan pembesar suara ini.

 Tronsmart Element T6 Plus

Apa yang disertakan didalam kotak

1 unit pembesar suara Bluetooth Element T6 Plus (warna merah/hitam)

1 kabel 3.5mm

1 kabel pengecasan USB-C

1 kad waranti

1 manual pengunaan.

 Tronsmart Element T6 Plus

Reka bentuk

Element T6 Plus hadir dengan DNA reka bentuk yang diwarisi dari Element T6 yang menampilkan reka bentuk berbentuk silinder dengan roda kawalan bunyi dibahagian atas.

Unit reviu yang kami terima adalah didalam warna merah dan selain daripada itu, pembesar suara Bluetooth Tronsmart ini turut ditawarkan didalam warna hitam.

Tronsmart Element T6 Plus

Apabila diletakkan secara menegak, terdapat satu bahagian butang kawalan yang menggunakan jalur getah yang sangat lembut dan memberi cengkaman yang kukuh.

Ketika memainkan muzik, anda boleh meletakkan Tronsmart Element T6 Plus ini dalam keadaan menegak mahupun mendatar pada permukaan dan ini tidak sedikit pun mengganggu output dari speaker ini.

Tronsmart Element T6 Plus

Antara butang yang disertakan adalah :

  • << trek belakang & >> trek hadapan
  • TWS – pengunaan dua speaker Element T6 Plus untuk pengalaman audio 3D stereo
  • EQ untuk memilih tiga mod bunyi pra-tetap iaitu Vocal, 3D Deep Bass dan Extra Bass.
  • Butang M pula untuk menetapkan mod permainan semula muzik samada Bluetooth, Aux-In, MicroSD atau dari USB.
  • Butang kuasa pula adalah untuk mengaktifkan dan menutup pembesar suara Tronsmart ini, tekan selama 1 saat untuk menyalakan pembesar suaran manakala tekan selama 3 saat untuk memadam dan tekan selama 8 saat untuk ‘factory reset’.

Tronsmart Element T6 Plus

Pada bahagian atas adalah, roda pelaras bunyi bagi Tronsmart Element T6 Plus ini hadir didalam warna krom yang sangat premium dan mudah untuk digunakan.

Tronsmart Element T6 Plus

Pengunaan roda ini menjadikan pelarasan bunyi sangat mudah tanpa perlu anda menekan butang fizikal dan dengan menekan roda kawalan bunyi ini , anda boleh memain atau menghentikan muzik atau membuat panggilan.

Selain itu, dengan menekan roda ini selama 3 saat, anda juga boleh mengaktifkan sistem bantuan suara (membuat panggilan atau memainkan muzik).

Tronsmart Element T6 Plus

Selain itu, terdapat juga logo Tronsmart dan lampu berwarna biru disekeliling roda pelaras ini.

Tronsmart Element T6 Plus

Semua jenis sambungan di sokong pada Tronsmart Element T6 Plus

Selain itu, Tronsmart Element T6 Plus ini juga memiliki slot bicu audio 3.5mm, slot USB-C untuk pengecasan, slot USB dan slot microSD.

Ini bermaksud anda boleh memainkan fail muzik dari pelbagai sumber dari koleksi sedia ada anda tanpa perlu bergantung kepada sambungan Bluetooth yang kebiasaanya hanya ditawarkan pada peranti pintar.

 Tronsmart Element T6 Plus

Element T6 Plus adalah pembesar suara kalis air IPX6

Pembesar suara Bluetooth Tronsmart Element T6 Plus ini turut hadir dengan pensijilan kalis IPX6.

Ciri ini adalah sesuatu yang jarang disertakan pada pembesar suara, namun Tronsmart telah membawa teknologi ini ke Element T6 Plus.

Dengan pensijilan kalis air IPX6 ini, anda kini tidak lagi perlu risau untuk membawanya ke kolam atau tepi pantai.

Tronsmart Element T6 Plus

Ianya menawarkan tahap kekalisan air yang amat tinggi iaitu tahap 6 namun ianya tidak boleh ditenggelamkan didalam air (IPX7 dan ke atas menyokong pengunaan didalam air).

Tronsmart Element T6 Plus Ulasan

X didalam pensijilan IPX6 Element T6 Plus membawa maksud ianya tidak mudah rosak akibat daripada habuk namun ianya tidak terlindung sepenuhnya daripada habuk.

Tronsmart Element T6 Plus

Teknologi bunyi SoundPulse™️

Tronsmart Element T6 Plus hadir dengan teknologi bunyi SoundPlus yang telah dibangunkan sendiri oleh Tronsmart dan memiliki paten hak milik terhadap teknologi eksklusif ini.

 Tronsmart Element T6 Plus

Dengan teknologi ini, pembesar suara Tronsmart Element T6 mampu menghasilkan output bunyi maksima 40W dengan bunyi ‘bass’ yang lebih mendalam dan pada masa yang sama vokal lebih menonjol.

Tronsmart Element T6 Plus mempunyai dua pembesar suara 20W yang disertakan dengan dua radiator pasif untuk penawaran bunyi bass yang sangat mendalam dan tepat.

 Tronsmart Element T6 Plus

Waktu permainan muzik sehingga 15 jam didalam satu pengecasan

Pembesar suara Bluetooth Element T6 Plus menawarkan permainan semula muzik sehingga 15 jam ( pada kadar kelantangan bunyi sederhana) yang mana kuasa bagi pembesar suara ini dibekalkan oleh dua bateri berkapasiti 3,300mAh dengan pengecasan bateri ini mengambil masa sekitar 3-5 jam sahaja.

 Tronsmart Element T6 Plus

Selain untuk memainkan muzik, pembesar suara Element T6 Plus ini turut mempunyai fungsi tambahan sebagai PowerBank pada waktu kecemasan.

Pengecasan telafon pintar boleh dilakukan melalui slot USB-C atau microUSB namun tiada sebarang sokongan pengecasan pantas disertakan.

Ciri ini sudah pastinya berguna kerana bateri yang disertakan pada speaker Bluetooth ini adalah besar.

Walaupun memiliki kapasiti bateri yang besar ,pembesar suara Bluetooth Element T6 Plus ini mempunyai ukuran 82x203mm dengan berat sekitar 670 gram.

Pada pendapat kami, ianya tidak lah terlalu berat bagi pembesar suara yang ‘power’ ini.

 Tronsmart Element T6 Plus

Mod True Wireless Stereo (TWS)

Jika anda mempunyai dua speaker Bluetooth Element T6 Plus, anda boleh menggunakan kedua-duanya secara serentak bagi memainkan muzik yang memberikan anda pengalaman audio stereo 3D yang pasti lebih meriah dan lantang.

Mod TWS ini sudah pastinya sesuai ketika aktiviti riadah seperti berkhemah, menonton perlawanan bola sepak, parti hari jadi dan banyak lagi.

Sedikit mengecewakan adalah, anda tidak boleh menggunakan pembesar suara Bluetooth yang lain didalam mod TWS ini.

Dimana anda boleh beli Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker?

Tronsmart Element Mega Bluetooth Speaker ini boleh dibeli melalui stor rasmi Tronsmart Malaysia di platform e-perdagangan terkemuka di Malaysia iaitu Shopee, Lazada dan 11Street.

Tronsmart Element T6 Plus kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga penjualan RM 339 sahaja dan pembelian boleh dibuat melalui stor rasmi Tronsmart seperti dibawah.

Tronsmart Element T6 Plus ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu merah atau hitam dengan jaminan waranti selama 12 bulan.

Tronsmart Official Store Lazada, Shopee

Berikut adalah pautan untuk ke stor atas talian rasmi Tronsmart Malaysia :

*Element T6 Plus tidak ditawarkan di Presto Mall
Maklumat lanjut mengenai Tronsmart Element T6 Plus  boleh diketahui di laman rasmi Tronsmart
Tronsmart Element T6 Plus

Akhir kata

Selepas kejayaan Element T6, Tronsmart telah berjaya menghasilkan satu lagi pembesar suara tanpa wayar yang mampu memenuhi keperluan hiburan pengguna tanpa sebarang kompromi.

Pembesar suara wireless Tronsmart Element T6 Plus ini adalah sesuatu yang patut anda miliki jika muzik merupakan sebahagian daripada hidup anda.

Walaupun mempunyai harga penjualan RM 339, speaker tanpa wayar Tronsmart Element T6 Plus memberikan anda nilai bagi pembelian dan ianya adalah setaraf dengan pembesar suara premium berjenama lain di pasaran.

Video Produk

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.