Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelajar IPT B40 boleh mendaftar untuk tablet percuma PerantiSiswa pada suku kedua 2022


Seperti yang diumumkan pada Bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan akan menawarkan sejumlah 600,000 tablet bagi pelajar IPT didalam golongan B40.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengumumkan bahawa mereka akan menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

MCMC juga telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk pakej ini dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 dan ianya akan ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih yang terlibat iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan ini membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Berdasarkan kenyataan akhbar rasmi ini, tablet yang ditawarkan kepada pelajar IPT dalam golongan B40 ini mungkin hadir dengan pelan internet yang disediakan oleh syarikat telko di atas.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.