Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 2 Pro disahkan akan memasuki pasaran Malaysia

Black shark 2 pro malaysia

Telefon pintar gaming Black Shark 2 Pro yang dilancarkan beberapa hari lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh wakil pengedar rasmi Black Shark di Malaysia namun tiada sebarang tarikh spesifik diberikan.

Black shark 2 pro malaysia launch

Black Shark 2 Pro hadir sebagai pencabar kepada ROG Phone II yang dilancarkan baru-baru ini.

Black Shark 2 Pro adalah model Black Shark 2 yang ‘dikemaksini’ walaupun model ini hanya dilancarkan pada bulan Mac yang lalu.

Black Shark 2 Pro Snapdragon 855+

Seperti didugua, Black Shark 2 Pro menjadi telefon pintar terbaru untuk menggunakan pemproses Snapdrago 855+ dan pengunaan memori UFS 3.0 yang lebih pantas.

Black Shark 2 Pro Hands-On

Selain daripada itu, Black Shark 2 Pro juga hadir dengan sedikit perbezaan reka bentuk untuk lebih cengkaman dan terdapat tambahan dua lagi lampu RGB dibelakang.

Black Shark 2 Pro harga Malaysia

Pada bahagian skrin, Black Shark 2 Pro masih menggunakan skrin paparan yang sama seperti pada versi bukan Pro iaitu panel AMOLED berukuran 6.39-inci pada resolusi FHD+ namun Black Shark mendakwa kadar ‘latency’ sentuhan kini telah kurang dari 43.4ms kepada 34.7ms.

Ini membolehkan reaksi sentuhan ketika gaming adalah lebih pantas dan tidak lupa juga sensor capjari terbina pada skrin.

Bersama-sama pemproses Snapdragon 855+ ini,

Black Shark 2 Pro juga disertakan dengan 12GB RAM dan dua pilihan memori dalaman iaitu 128 atau 256GB (UFS 3.0).

Black Shark 2 Pro

Selain itu, penyejukan cecair Black Shark 2 juga telah ditambah baik dimana ianya mempunyai satu plat cecair dan tiub untuk penyejukan yang lebih optimum.

Hasil kombinasi kuasa pemprosesan ini, Black Shark 2 Pro telah memperoleh 500,610 mata di AnTuTu yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan mata tertinggi pernah dicapai di platform ini.

Black Shark 2 Pro Camera

Beralih kepada bahagian kamera, Black Shark 2 Pro hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP f/1.75 +12MP f/2.2 dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP yang memiliki aperture f/2.0.

Black Shark 2 Pro Bateri

Kapasiti bateri Black Shark 2 Pro adalah 4,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 27W.

Black Shark 2 Pro akan ditawarkan ke pasaran  didalam tiga pilihan warna iaiti hitam, perak, biru dan oren.

Harga penjualan Black Shark 2 Pro di pasaran China adalah seperti berikut : 

Black Shark 2 Pro 12/128GB – CNY 2,999 – RM 1,795

Black Shark 2 Pro 12/256GB – CNY 3,499 – RM 2,095

Harga penjualan di Malaysia mungkin bermula sekitar dari RM 2,299-RM 2,899

sumber

Black shark 2 pro malaysiaBlack shark 2 pro malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.