harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 4 Kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 149

Xiaomi Mi A3 dan Mi Band 4 Malaysia

Ketika pelancaran Xiaomi Mi A3 di Malaysia, pihak Xiaomi Malaysia juga telah mengesahkan bahawa jam kecergasan Mi Band 4 kini ditawarkan secara rasmi dengan harga penjualan RM 149.

Mi Band 4 adalah Mi Band yang pertama untuk hadir dengan panel skrin berwarna.

Mi Band 4 Malaysia Price

Mi Band 4 hadir dengan panel skrin AMOLED berukuran 0.95-inci dengan resolusi 120 x 240 piksel dan dilapisi gelas perlindungan 2.5D.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Mi Band 4 juga hadir dengan mikrofon terbina yang membolehkan anda berinteraksi melalui arahan suara.

Mi Band 4 juga memiliki 6- accelerometer yang akan membantu merekod aktiviti fizikal seperti berbasikal, bersenam, berlari, berenang dan berjalan.

Mi Band 4

Aktiviti renang juga lebih efektif dengan Mi Band 4 mampu mengesan corak renangan anda dan juga kalis air 5 ATM.

Selain itu, Mi Band 4 juga hadir dengan sokongan pembayaran melalui kod QR yang dipaparkan pada skrin.

Mi Band 4 Malaysia

Mi Band 4 juga hadir dengan 77 corak jam, 6 mod sukan dan mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 20 hari dengan satu pengecasan penuh.

Pembelian Mi Band 4 kini sudah boleh dibuat di Mi Stor di seluruh Malaysia, Lazada dan Shopee.

harimaubet