Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh

Asus ROG Phone II Malaysia

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh

Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming generasi kedua iaitu ROG Phone 2 yang boleh diberi gelaran telefon pintar gaming paling berkuasa dipasaran.

Rog phone II Malaysia

Seperti Razer Phone 2, Asus ROG Phone 2 kini hadir dengan skrin paparan dengan kadar bingkai 120fps yang merupakan panel skrin terbaik untuk telefon pintar gaming dan ianya adalah panel AMOLED berukuran 6.59-inci.

Panel skin ini juga menyokong mod skrin 60Hz dan 90Hz dan Asus mendakwa kadar latensi adalah lebih rendah daripada iPhone XS Max

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh 9

Menutup bahagian skrin ROG Phone 2 ini, ianya memiliki adalah panel FHD+ dengan resolusi 1080 x 2340px dengan sokongan HDR 10.

ROG Phone 2 juga hadir dengan pembesar suara stereo hadapan dengan DTS : X Ultra yang didakwa 2.5x ganda lebih lantang berbanding ROG Phone generasi pertama.

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh 10

Pad sesentuh AirTriggers juga dikekalkan seperti pada ROG Phone namun ianya telah ditambah baik dan dengan dwi-motor vibrasi.

Asus masih mengekalkan pengunaan bicu audio 3.5mm yang terbaik dipasaran dan terdapat juga 4 mikrofon yang sudah pasti berguna untuk komunikasi ketika ber’PUBG’.

Fokus untuk mengurangkan latensi nampaknya meliputi kesemua aspek dan komponen ROG Phone II yang mana posisi antena yang strategik dan perhubungan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

Asus ROG Phone 2 Snapdragon 855 Plus

Seperti disahkan sebelum ini, Asus ROG Phone II menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+ yanh baru diumumkan dan ianya menjanjikan pretasi GPU 15% lebih baik manakala kelajuan CPU adalah 4% lebih pantas.

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh 11

Untuk menyingkirkan isu kepanasan peranti, Asus telah meletakkan satu gril yang mengeluarkan kepanasan dari ruang wap dan terdapat juga penyejuk AeroActive Cooler II didalam kotak pembelian.

Asus ROG Phone II

Antara aksesori yang ditawarkan bagi ROG Phone II adalah pad permaianan Kunai Gamepad yang boleh digunakan pada sisi ROG Phone II atau secara berasingan sebagai gamepad tanpa wayar (seperti Nintendo Switch) dan iany turut boleh digunakan bersama TwinView Dock II.

TwinView Dock II menambah satu lagi skrin 120Hz, kipas penyejuk dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Asus ROG Phone II Malaysia

Bercakap mengenai bateri, Asus ROG Phone II sahaja hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dan jika ditambah dengan aksesori diatas ini anda akan mempunyai kapasiti bateri keseluruhan 11,000mAh.

Dengan kapasiti ROG Phone II sahaja, Asus menjanjikan sesi PUBG secara berterusan selama 7 jam tanpa henti dan ianya turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas ROG HyperCharge 30W.

Asus ROG Phone II Malaysia

Sebagai penutup, Asus ROG Phone II juga hadir dengan tetapan yang diwarisi dari ZenFone 6 yang mana ianya adalah sensor Quad Bayer Sony 48MP + lensa lebar 13MP 125° manakala kamera selfie adalah unit kamera 24MP.

Asus ROG Phone II kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ dan bateri 6,000mAh 12

Buat masa ini harga penjualan Asus ROG Phone II masih belum diketahui namun Asus telah mengesahkan telefon pintar gaming gergasi ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.