Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MMspot – platform ganjaran digital kini dilancarkan di Malaysia

Mmspot malaysia

MMspot satu nama yang baru bagi pengguna di Malaysia merupakan satu platform ganjaran digital yang sehingga kini mempunyai berjuta-juta pengguna di rantau Asia.

MMspot kini secara rasminya telah mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia dan syarikat ini telah memperkenlakan pek permulaan yang dikenali sebagai “SATAY”.

Mmspot malaysia

Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300 (sah bagi pengguna baru).

e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot yang meliputi pelbagai kategori seperti membeli belah, permotoran, telekomunikasi, pelancongan, F&B dan banyak lagi.

Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran. Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar.

Mmspot satay pek

Melalui ekosistem MMspot, nilai e-Baucar akan meningkat dua kali ganda dengan sistem penukaran mata ganjaran e-Baucar yang dikenali sebagai e-VCP.

Dengan pengunaan e-Baucar, pelanggan boleh menikmati sekurang-kurangnya 10% rebat dan anda juga boleh memindahlan e-Baucar kepada kawan dan ahli keluarga pilihan anda.

Pek SATAY ini hadir dengan tiga pelan yang boleh anda beli untuk menikmati pakej eV(s) yang lebih lebih bernilai dari apa yang anda bayar. Tiga pelan tersebut hadir dengan harga penjualan RM 20, RM 50 dan RM 100.

Dengan data pengguna yang dijana melalui komuniti “SATAY”, MMspot juga berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak syarikat pengendalian mata ganjaran yang lain pada masa hadapan. MMspot yakin dengan aplikasi yang baru dilancarkan ini, dapat membantu pengguna mengendali baki mata ganjaran mereka yang terbiar atau sudah lama tidak digunakan.

video pengenalan MMSpot

MMspot juga telah memperkenalkan platform-platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi mereka iaitu :

● Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)

● Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)

● Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)

● Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)

● Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)

● Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)

● Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)

● Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)

MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls.

Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7% jika tambah nilai secara sendiri.

Mmspot

Bagi memberi peluang kepada pengguna dan pengunjung luar negara menggunakan aplikasi ini, MMspot kini sedang mengadakan Ekspo MMspot Experiential di Pusat Pameran Mid Valley, Dewan 3 pada 3 dan 4 Ogos dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

 

Pengguna boleh mengunakan e-Baucar dan melanggan mana-mana platform rakan kongsi MMspot seperti Platform Makanan & Minuman di JioBuddy, membeli tiket konsert idola mereka di MacpiePro, Platform Membeli-Belah Atas Talian di Mbooster dan platform-platform yang lain.

Platform Hartanah Ridgez dan juga Platform Di Luar Talian JioJioGo turut melancarkan perkhidmatannya hari ini.

Platform rakan kongsi MMspot akan membantu pengguna mengalami sendiri penggunaan e-Baucar menerusi aplikasi ini di platform mereka.

Muat turun MMSpot di http://mmspot.com/

Mmspot malaysia

MMspot juga menawarkan pelbagai hadiah eksklusif dan e-Baucar percuma bernilai RM1, 540 kepada pengunjung yang memuat naik aplikasi MMspot buat kali pertama pada ekspo berkenaan.

Mmspot malaysia Mmspot malaysia

Mmspot malaysia Mmspot malaysia Mmspot malaysia Mmspot malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.