Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y9 Prime 2019 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia

Huawei Y9 Prime 2019 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Selepas beberapa bulan tanpa sebarang pelancaran telefon pintar baru di Malaysia, Huawei nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan telefon pintar dengan kamera selfie pop-up pertama mereka.

Huawei Y9 Prime 2019 adalah model yang dimaksudkan dan pelancaran telefon pintar ini nampaknya akan berlangsung didalam masa terdekat.

Huawei Y9 Prime 2019

Huawei Y9 Prime 2019 ini hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.59-inci tanpa sebarang takukan, pemproses Kirin 710F, 4GB RAM dan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia

Selain itu, Huawei Y9 Prime 2019 hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu kombinasi 16MP sensor utama, 8MP sensor lebar dan 2MP sensor kedalaman.

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia

Sebagai telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan mekanisma kamera selfie pop-up, Huawei mendakwa modul ini mengambil masa 1 saat untuk keluar dari rangka dan telah melalui ketahanan sebanyak 100,000 kitaran.

Huawei Y9 Prime 2019 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan melalui USB-C, EMUI 9.0 berasaskan Android Pie, slot microSD dan bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini harga penjualan Huawei Y9 Prime  2019 di Malaysia masih belum diketahui namun ianya dianggarkan sekitar RM 1,000-RM 1,200.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.