Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar Amazfit GTR diumumkan – bateri sehingga 24 hari, harga dari RM 478

Amazfit GTR

Jam pintar Amazfit GTR diumumkan – bateri sehingga 24 hari, harga dari RM 478

Anak syarikat Xiaomi, Huami secara rasminya telah melancarkan jam pintar terbaru mereka iaitu Amazfit GTR yang mempunyai reka bentuk seperti Amazfit Smart Watch 2 dengan dua saiz iaitu 42mm dan 47mm.

Amazfit GTR

Skrin paparan yang dimiliki oleh Amazfit GTR ini adalah 1.2-inci (390x390px) pada saiz 42mm dan skrin bersaiz 1.39-inci(454x454px) pada saiz 47mm dengan kepadatan piksel yang sama iaitu 326ppi.

Amazfit GTR

Skrin ini juga dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 dan dikelilingi dengan bezel yang diperbuat daripada seramik zirkonium.

Selain itu, jangka hayat bateri Amazfit GTR adalah sehingga 24 hari bagi versi 47mm (410mAh) manakala versi 42mm menawarkan pengunaan sehingga 12 hari (195mAh).

Amazfit GTR

Amazfit GTR juga mempunyai GPS+GLONASS, kekalisan air 5ATM dan pelbagai fungsi notifikasi seperti panggilan masuk, teks, peringatan, maklumat cuaca, info muzik dan kompas.

Harga penjualan Amazfit GTR adalah seperti berikut :

Amazfit GTR 42mm

Amazfit GTR 42mm – CNY 799 – RM 478

Amazfit GTR 47mm

Amazfit GTR  47mm versi besi dan aluminum – CNY  999 – RM 597

Amazfit GTR 47mm versi titanium – CNY 1,399 – RM 836

Amazfit GTR Iron Man Edition

Selain itu, Amazfit GTR 47mm ini juga hadir dengan satu edisi terhad Iron Man namun harga penjualan bagi model ini masih belum diumumkan.

Amazfit GTR dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.