Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi umumkan peraduan eksklusif bagi pengguna Xiaomi Mi 9T

Xiaomi Mi 9T Malaysia Giveaways

Xiaomi umumkan peraduan eksklusif bagi pengguna Xiaomi Mi 9T

Sejak dilancarkan baru-baru ini, Xiaomi Mi 9T telah mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan pengguna di Malaysia khususnya kerana spesifikasi dan harga yang sangat berpatutan.

Sebagai membalas balik sokongan yang diberikan oleh pengguna, Xiaomi Malaysia mengumumkan satu peraduan Facebook bagi pengguna Mi 9T.

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan peraduan yang membolehkan pengguna Mi 9T memenangi produk Xiaomi bernilai RM 5,000.

Berikut adalah hadiah yang boleh anda menangi melalui peraduan Facebook ini :

Hadiah Utama:Mi Electric Scooter x 1 (RRP: RM 1729)

Hadiah Tempat ke-2 :Mi Robot Vacuum x 2 (RRP: RM 1199)

Hadiah Saguhati :Mi LED Smart Bulb x 10 (RRP: RM 99)

Cara menyertai peraduan ini adalah sangat mudah :

1. Like laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia
2. Muat turun gambar Mi 9T anda dengan bukti pembelian (resit) dan pastikan anda tidak mendedahkan nombor IMEI – di akaun FB peribadi anda dan tetapkan sebagai ‘public’
3. Tulis caption menarik apa yang anda suka pada Mi 9T dan letakkan hashtag #TerminateTheRival
4. Kongsikan post ini > https://www.facebook.com/190499474487488/posts/1207840239420068 dan tag tiga rakan FB anda.
5. Selesai

Peraduan akan ditutup pada 26 Julai (11.59 malam) dan pemenang akan diumumkan di FB Xiaomi Malaysia pada 29 Julai 2019.

Xiaomi Mi 9T dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.