Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo K3 dengan skrin OLED dan pengecasan VOOC dilancarkan secara rasmi pada harga serendah RM 969

Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka iaitu Oppo K3 dan buat masa ini ianya telah mula ditawarkan dipasaran China.

Oppo K3 hadir dengan reka bentuk seperti Oppo F11 Pro namun dengan spesifikasi dalaman yang lebih baik.

Oppo K3 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.3-inci, pemproses Snapdragon 710, 6GB/8GB RAM, 64GB/128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,765mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0.

ULASAN : Oppo F11 Pro – telefon pintar mampu milik serba lengkap

Oppo K3 juga hadir dengan sensor capjari dibawah skrin, kamera selfie pop-up 16MP, kamera belakang 16MP + 2MP dan ColorOS 6 yang berasaskan Android Pei.

Panel belakang Oppo K3 ini adalah seperti Oppo Reno dan ianya akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu ungu dan hijau manakala warna merah jambu mungkin ditawarkan kelak.

Berikut adalah harga penjualan Oppo K3 di China

Oppo K3 6GB/64GB – CNY 1,599 (RM 969)

Oppo K3 8GB/128GB – CNY 1,899 (RM 1,150)

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan bahawa Oppo K3 akan memasuki pasaran antarabangsa yang mana ianya termasuk Malaysia.

sumber

Oppo Reno edisi 10x Zoom akan dibuka untuk tempahan 28 Mei ini

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999

Huawei diberi lesen sementara untuk menggunakan ekosistem Android sehingga 19 Ogos 2019

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.