Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei diberi lesen sementara untuk menggunakan ekosistem Android sehingga 19 Ogos 2019

Huawei diberi lesen sementara untuk menggunakan ekosistem Android sehingga 19 Ogos 2019 1

Selepas melalui tempoh 24-jam yang paling buruk didalam sejarah syarikat, Jabatan Kewangan Amerika Syarikat telah memberikan Huawei satu lesen sementara untuk menawarkan sokongan dan kemaskini bagi produk semasa dipasaran.

Lesen terhad yang diberikan kepada Huawei ini hanya sah sehingga 19 Ogos 2019 dan permit ini membenarkan Huawei untuk berkerjasama dengan syarikat-syarikat dari Amerika bagi menawarkan sokongan penuh pelanggan sedia ada.

Huawei Malaysia keluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan lesen Android

Huawei boleh menyambung semula sebarang aktiviti perniagaan dengan syarikat seperti Google, Intel, Qualcomm dan sebagainya namun terhad.

Lesen terhad ini tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa hubungan antara Huawei dan Kerajaan Amerika Syarikat telah pulih kerana ianya hanya memberikan Huawei kebenaran untuk menawarkan sokongan kepada peranti yang kini telah berada dipasaran.

Ini bermaksud, Huawei boleh menawarkan kemaskini keselamatan pada peranti yang telah berada dipasaran namun Huawei tidak dibenarkan untuk melancarkan produk baru yang menggunakan teknologi atau perisian dari syarikat yang berpangkalan di AS.

Tempoh tiga bulan ini juga boleh digunakan sebagai masa untuk Huawei menguji dan mengeluarkan sistem operasi mereka yang tersendiri.

Apa pun kita berharap bahawa Huawei dan Kerajaan Amerika Syarikat akan mencapai satu penyelesaian yang memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dan juga kepada pengguna terutamanya.

sumber

Huawei dilaporkan telah kehilangan akses kesemua perkhidmatan Google termasuk Play Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.