Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo F11 Pro – telefon pintar mampu milik serba lengkap

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 1

Pengenalan

Sebagai antara perintis pasaran telefon pintar pro-selfie, Oppo dilihat mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa berada sebagai antara syarikat yang menawarkan teknologi kamera selfie yang terbaik.

Walaubagaimanapun, selain sebagai telefon pintar pro-selfie, banyak aspek yang perlu diberi perhatian serius dan ini mustahak untuk menjamin kejayaan telefon pintar tersebut.

Pelancaran Oppo F11 Pro ke pasaran Malaysia merupakan satu lagi langkah berani Oppo untuk memberikan pengguna satu telefon pintar dengan pakej yang serba lengkap.

Berikut adalah ulasan Oppo F11 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,299.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 2

Reka Bentuk

Oppo F11 Pro hadir dengan reka bentuk panel belakang dan sisi berasaskan plastik namun Oppo telah menyertakan kemasan gradiasi pada panel F11 Pro ini.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 3

Sebanyak dua kemasan warna gradiasi ditawarkan pada Oppo F11 Pro iaitu hitam ‘thunder’ dan hijau.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 4

Pada bahagian hadapan, Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan tanpa takukan yang dikenali sebagai ‘panoramic screen’ dengan kamera selfie dipindahkan ke bahagian atas menggunakan panel ‘pop-up’ motor.

Walaupun tanpa potongan untuk selfie, skrin Oppo F11 Pro masih mempunyai ruang untuk pembesar suara panggilan yang nipis dan panjang.

Kamera selfie pop-up Oppo F11 Pro ini diletakkan di bahagian tengah iaitu selari dengan modul kamera belakang.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 5

Pengunaan Oppo F11 Pro adalah satu pengalaman yang sangat selesa khususnya dengan rangka matte.

Pada bahagian panel bawah, Oppo F1 Pro disertakan dengan bicu audio 3.5mm, slot microUSB yang mengecewakan namun hadir dengan sokongan pengecasan VOOC.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 6

Skrin paparan

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan takukan berukuran 6.53-inci dengan resolusi FHD+ 1080×2340 yang menawarkan kepadatan pikse 397ppi.

Oppo F11 hanya merupakan antara beberapa telefon pintar di pasaran yang menawarkan pengalaman skrin sepenuhnya pada panel hadapan.

Ianya turut disertakan dengan gelas perlindungan keselamatan Corning Gorilla 5 yang merupakan sesuatu yang harus dipuji walaupun F11 Pro bukanlah model kelas atasan.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 7

Pemproses

Oppo F11 Pro hadir dengan pemproses MediTek Helio P70 yang dipadankan dengan GPU Mali-G72 MP3.

Pemproses yang digunakan ini tidak mempunyai begitu banyak perbezaan dengan Helio P60 iaitu hanya 100Mhz lebih pantas.

F11 Pro dipadankan dengan satu kapasiti RAM iaitu 6GB dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Selain itu, Oppo F11 Pro juga merupakan telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie.

Berdasarkan pengalaman kami ketika mengulas Realme 3, ColorOS 6 boleh diiktiraf sebagai versi ColorOS terbaik pernah dikeluarkan oleh Oppo.

Oppo F11 Pro juga boleh berfungsi sebagai telefon pintar gaming yang boleh dipercayai khusunya dengan penambahbaikan prestasi melalui aplikasi game space.

Walaupun dengan sesi permainan video yang lama, Oppo F11 Pro tidak mengeluarkan sebarang haba yang membuktikan lagi kebolehan pemproses Helio P70 tang dipadankan dengan Game Engine.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 8

Kamera

Walaupun hadir dengan sebagai telefon pintar pro-selfie, Oppo F11 Pro tidak mengabaikan sensor kamera dibelakang.

F11 Pro hadir dengan kombinasi dwi-kamera 48MP + 5MP yang semakin popular dipasaran.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 9

Sensor kamera 48MP Oppo ini berkemungkinan besar merupakan sensor Samsung GM1 dan ianya turut disertakan dengan pemfokusan PDAF dan flash LED.

Ianya adalah teknologi yang dikenali sebagai Quad-Bayer yang menggabungkan 4 gambar beresolusi 12MP menjadi satu gambar 48MP.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 10

Walaubagaimanapun, pemproses yang digunakan pada F11 Pro tidak mampu memproses gambar yang bersaiz besar seperti ini, dan ini menyebabkan kualiti gambar 48MP yang diambil tidak begitu berbeza dengan gambar 12MP.

Hasil gambar ini telah meningkatkan kualiti keseluruhan gambar ini dan sensor 5MP juga membantu didalam aspek penggambaran seperti pada mod portrait.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 11

Kamera ini menawarkan beberapa fungsi pengambaran menarik seperti Ultra Night Mode, Dazzle Color dan turut hadir dengan pengecaman adengan berasaskan AI.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 12

Bercakap mengenai kamera selfie, F11 Pro memiliki sensor 16MP yang tidak disertakan dengan pemfokusan auto mahupun flash LED.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 13

Hasil gambar selfie yang diambil juga tidak banyak yang boleh kami perkatakan kekuranganya namun waktu untuk mengambil gambar selfie ini mungkin lebih lama kerana perlu menanti modul pop-up ini timbul terlebih dahulu.

 ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 14

Bateri

Oppo F11 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang merupakan satu kapasiti besar dan Oppo harus dipuji kerana mampu menawarkan teknologi pengecasan pantas 20W VOOC yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 85 minit.

Plak pengecasan dan wayar bagi menyokong pengecasan pantas ini juga disertakan didalam kotak pembelian.

Satu kekurangan yang ada pada pengecasan ini ialah, Oppo F11 Pro masih hadir dengan slot microUSB dan bukanya USB-C.

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 2

Penutup

Oppo F11 Pro telah terbukti sebagai satu telefon pintar kelas pertengahan yang serba lengkap dan dengan harga penjualan serendah RM 1,299 Oppo F11 Pro adalah telefon pintar yang patut anda pertimbangkan jika mempunyai bajet yang terhad.

info lanjut OPPO F11 Pro di SINI.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Oppo F11 Pro

ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 16ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 17ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 11ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 19ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 20ULASAN : Oppo F11 Pro - telefon pintar mampu milik serba lengkap 21

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.