Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 1

Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 1,999 dan pra-tempahan akan dibuka mulai esok (17 Mei 2019).

Oppo Reno edisi 10x Zoom akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei ini

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 2

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 3

Bercakap mengenai Oppo Reno ini, ianya adalah versi biasa Oppo Reno yang tidak memiliki teknologi kamera periskop namun kekurangan ini ditebus dengan penawaran sensor dwi-kamera 48MP + 5MP yang turut memiliki mod penggambaran malam Ultra Night 2.0.

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 4

Selain itu, Oppo Reno ini akan turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.1%, pemproses Snapdragon 710, kapasiti RAM  6GB selain memori simpanan dalaman sehingga 256GB.

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 5

Oppo Reno ini juga hadir dengan kamera selfie 16MP dengan mekanisma selfie meluncur ‘shark-fin’ yang unik dan bateri berkapasiti 3,765mAh dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0.

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 6

Bagi yang membuat pra-tempahan ini, anda akan menerima bekas ‘smart battery’ bernilai RM 199, jaminan waranti tambahan selama setahun dan jaminan waranti perlindungan skrin bernilai RM 238.

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 7

Oppo Reno akan hadir didalam dua warna iaitu hitam gradiasi dan hijau gradiasi dengan harga penjualan RM 1,999

Pra-tempahan akan dibuka di stor konsep Oppo Malaysia, wakil penjual sah, stor atas talian rasmi Oppo, Stor Oppo di Lazada dan Stor Oppo di Shopee.

Oppo Reno 10x Zoom akan turut memasuki pasaran Malaysia dan pelancaran telefon pintar ini akan diadakan pada 27 Mei 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.