Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3.2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 499

Nokia 3.2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 499 1

Di MWC 2019 Nokia telah memperkenalkan 4 model telefon pintar terbaru mereka iaitu Nokia 1, Nokia 3.2, Nokia 4.2 dan Nokia 9 PureView.

Sebelum ini, Nokia telah membawa masuk Nokia 4.2 dan Nokia 1 ke pasaran Malaysia dan kini Nokia telah mengumumkan penawaran Nokia 3.2 ke pasaran tempatan.

Nokia 3.2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 499 2

Nokia 3.2 adalah model pengganti kepada Nokia 3.1 dan ianya hadir dengan reka bentuk skrin All Display dengan takukan selfie.

Ianya adalah panel skrin HD+ 19:9 berukuran 6.26-inci, pemproses Snapdragon 429, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mampu bertahan selama 2 hari (dengan mod adaptive battery).

Nokia 3.2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 499 3

Nokia 3.2 ini juga hadir dengan tetapan kamera belakang 13MP dan kamera selfie 5MP.

Apa yang menarik adalah Nokia 3.2 ini hadir dengan lampu notifikasi pada butang kuasa yang merupakan ciri unik dipasaran.

Selain itu, Nokia 3.2 juga memiliki butang khas Google Assistant .

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja

Nokia 3.2 kini  telah ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 499 dan pembelian boleh dibuat melalui semua wakil pengedar sah.

kini hanya tinggal Nokia 9 Pureview sahaja yang belum dilancarkan di Malaysia da ianya adalah telefon pintar yang paling dinantikan khususnya kerana ianya memiliki 5 sensor kamera di belakang.

Nokia 9 PureView dilancarkan sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5 sensor kamera dibelakang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.