Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja 1

Pengeluar telefon pintar  yang dimiliki oleh HMD iaitu Nokia telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru di MWC 2019 pada bulan Februari yang lalu.

Model-model ini adalah peranti yang akan membawa cabaran Nokia sepanjang tahun 2019 dan kini beberapa telefon pintar ini telah mula ditawarkan di Malaysia.

MWC 2019 : 4 model telefon pintar Nokia telah dilancarkan secara rasmi

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja 2

Nokia 4.2

Nokia 4.2 adalah siri baru telefon pintar Nokia yang duduk diantara Nokia 3.2 dan Nokia 5.1 yang hadir dengan reka bentuk premium berasaskan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Seperti Nokia 3.2, Nokia 4.2 juga hadir dengan lampu notifikasi pada butang kuasa, skrin paparan All Display dengan selfie notch berukuran HD+ berukuran 5.71-inci, pemproses Snapdragon 439, 2/3GB RAM, 16/32GB memori simpanan dalaman, AI Face Unlock yang lebih selamat dan bateri berkapasiti 3,300mAh

Nokia 4.2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang dipadankan dengan sensor kamera ‘depth’ untuk mod bokeh selain kamera selfie 8 MP.

Selain itu, Nokia 4.2 juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, NFC yang membolehkan pengunaan Google Pay.

Nokia 4.2  kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 599 dan akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah jambu.

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja 3

Nokia 1 Plus

Nokia 1 Plus adalah telefon pintar mampu milik yang hadir sebagai pengganti kepada Nokia 1 dan ianya memiliki sistem operasi Android 9.0 Pie edisi Go.

Nokia 9 PureView dilancarkan sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5 sensor kamera dibelakang

Nokia 1 Plus hadir dengan reka bentuk 3D nano pattern pada panel belakang dan ianya adalah 12% lebih nipis berbanding generasi sebelum ini.

Nokia 1 Plus akan hadir dengan skrin paparan FWVGA IPS+ 18:9 berukuran 5.45-inci, pemproses MediaTek MT6739WW, 1GB RAM dengan dua pilihan memori simpanan dalaman.

Selain itu, Nokia 1 Plus juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,500mAh, kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.

Nokia 1 Plus akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia mulai 2 Mei 2019 dengan harga penjualan RM 329 sahaja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.