Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 9 PureView dilancarkan sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5 sensor kamera dibelakang

Nokia, syarikat ikonik yang kini dibawah naugan HMD Global kini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar yang membawa nama PureView kembali ke pasaran dan ianya bukan calang-calang peranti lain dipasaran.

Nokia 9 PureView secara rasminya telah dilancarkan di Mobile World Congress lewat malam tadi dan ianya bukan hanya hadir dengan tiga atau empat sensor kamera, ianya menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan 5 sensor kamera dibelakang Dan lebih penting tanpa sebarang ‘bonjolan’.

Susunan kamera Nokia 9 PureView ini juga tidak sama seperti pengeluar telefon pintar lain dan dan ianya hadir dengan 3 sensor monokrom 12MP pada apeture f/1.8 selain dua sensor RGB 12MP juga pada aperture f/1.8 (kesemuanya adalah Zeiss Optic).

Tidak seperti telefon pintar lain dipasaran, HMD Global telah mengesahkan bahawa Nokia 9 PureView akan menggunakan kelima-lima sensor setiap kali gambar diambil.

Dengan sensor kamera ini, Nokia 9 PureView mampu mengambil gambar dengan 10x cahaya, maklumat kedalaman gambar pada resolusi penuh 12MP dengan 1200 lapisan data ‘depth’.

Selain itu Nokia 9 PureView juga hadir dengan fungsi untuk melaras kekaburan latar belakang gambar selepas diambil,mod monokrom tulen, sokongan Nokia Pro Camera dan gambar format RAW.

Bercakap mengenai spesifikasi lain Nokia 9 Pureview, ianya akan hadir dengan skrin paparan 2K pOLED berukuran 5.99-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman (tiada slot microSD).

Nokia 9 PureView juga menjadi telefon pintar pertama Nokia untuk hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin ‘ultrasonik’, pengecasan tanpa wayar Qi+PMA, pensijilan kalis air IP67, kamera selfie 20MP dan bateri berkapasiti 3320 mAh dengan pengecasan pantas 18W

Nokia 9 PureView akan hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie yang asli do ianya akan mula memasuki pasaran seminggu selepas MWC dengan harga $699 (RM 2,849).

Spesifikasi lengkap :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.