Kempen Raya Dengan Shopee bermula hari ini sehingga 6 Jun 2019 dengan diskaun sehingga 80%
Sempena hari raya aidilifitri yang bakal menjelma tidak lama lagi (sebelum tu puasa dulu eh), Shopee telah mengumumkan kempen Raya Dengan Shopee mulai 25 April sehingga 6 Jun 2019.
Persediaan raya sudah pastinya bermula awal seperti membersih dan menghiasi rumah. Menyedari hal ini Shopee telah memulakan kempen penjualan Raya dengan Shopee lebih awal iaitu sebelum bulan puasa bermula pada 5 Mei 2019.
Kempen Raya dengan Shopee akan menawarkan diskaun sehingga 80% bagi 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual di platform Shopee menjadikan persiapan Raya tahun ini lebih mudah dan menjimatkan kos.
Antara tawaran menarik pada penjualan Raya Dengan Shopee adalah seperti berikut :
- 200% pulangan tunai setiap hari Isnin
- Shocking sale serendah RM 1 pada setiap hari Selasa
- Goyang Shopee – Shopee Coin dan habiah bernilai RM 5 Juta untuk di menangi pada setiap hari Jumaat
- Shopee Live – platform pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Liveberlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
- Shopee Quizpada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coinssetiap sesi.
Selain itu, sempena bulan puasa, Shopee juga akan menawarkan pelbagai promosi buka puasa seperti :
Coffee Bean & Tea Leaf yang menawarkan bauchar potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Saledari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019 (hanya untuk Lembah Klang).
Kenny Rogers Roastersmenawarkan potongan sehingga 40% untuk set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
Tawaran Bufet : Diskaun30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.
Selain itu, Shopee juga telah berkerjasama dengan rakan pembayaran seperti :
Maybank:Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coinsapabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
● Visa(Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
● Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
● MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
● Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).
Dapatkan maklumaf lanjut di https://shopee.com.my