Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas 1

Vivo V15 Pro, telefon pintar terbaru Vivo Malaysia didalam siri V menawarkan pengalaman fotografi pada telefon pintar yang jauh lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Senjata utama Vivo V15 Pro adalah teknologi tri-kamera sensor 48MP Quad Pixel, 8MP sensor lebar AI, 5MP sensor kedalaman dan Algoritma AI yang ditambah baik.

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas 2

Sensor super lebar 8MP AI yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro mengembangkan keluasan penggambaran apabila pengguna perlu mengambil gambar landskap yang lebih baik dan sempurna. Dengan sensor 120 darjah ini, Vivo V15 Pro mampu mengambil gambar landskap dengan liputan gambar yang lebih lebar tanpa perlu ada berada jauh daripada objek atau bangunan ketika menggembara.

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas 3 

Juru gambar Arthur Chen telah mengambil beberapa gambar menarik di Batu Caves menggunakan sensor kamera lensa lebar super yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro.

Vivo V15 Pro versi 6GB kini lebih murah iaitu hanya RM 1,699

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas 4

Pigmen dan struktur ikonik Batu Caves telah diambil menggunakan kamera Vivo V15 Pro dan kamera lensa lebar yang digunakan tidak mempunyai masalah untuk memuatkan keseluruhan struktur menarik ini melalui lensa yang dimilikinya.

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 April pada harga RM 1,899 sahaja

Kamera utama Vivo V15 Pro hadir dengan sensor 1/2.25-inci, aperture f/1.8 dan 48 juta piksel fizikal dengan setiap satu mempunyai kelebaran 0.8μm.

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas 5

Untuk meningkatkan fotosensitiviti dan kualiti gambar, Vivo V15 Pro menggunakan teknologi profesional “four-in-one pixel” yang menggabungkan 4 piksel kepada satu piksel besar dengan saiz 1.6μm. Ini akan menghasilkan gambar beresolusi 12MP yang berkualiti tinggi selain gambar waktu malam yang lebih terang.

Kamera dengan lensa lebar super Vivo V15 Pro juga membolehkan pengguna mengambil gambar arkitektur ikonik dengan satu ketikan mudah sahaja.

Untuk melihat lebih banyak gambar yang diambil oleh Arthur Chen menggunakan Vivo V15 Pro, sila layari laman Facebook beliau > https://www.facebook.com/arthurchen.1.

Pengguna telefon pintar Vivo di Malaysia juga digalakkan untuk menyertai group Facebook Vivo Fan Group dengan menekan pautan dibawah :

https://www.facebook.com/groups/vivoSmartPhoneForumMalaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.