b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda kini boleh membeli Kereta dan Rumah di Shopee

Anda kini boleh membeli Kereta dan Rumah di Shopee 1

Selain pelancaran kempen Raya Dengan Shopee, Shopee turut mengumumkan pelancaran pusat jualan kereta secara online iaitu Shopee Auto Mall selain penjualan hartanah oleh SP Setia.

Anda kini boleh membeli Kereta dan Rumah di Shopee 2

Rumahku Syurgaku

Ceriakan Raya anda dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee.

Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian.

Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka.

Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.

 Anda kini boleh membeli Kereta dan Rumah di Shopee 3

Shopee Jual Kereta & Motosikal

Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall.

Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga.

Anda kini boleh membeli Kereta dan Rumah di Shopee 4

Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee.

 

harimaubet666.com