Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6 Kelebihan Honor View20 selain daripada teknologi kamera 48MP yang terbaik

 

Selepas dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari yang lalu, Honor View20 telah mendapat sambutan yang luar biasa di pasaran dunia dan juga pasaran Malaysia.

Buktinya adalah dengan pengesahan bahawa penjualan Honor View20 di Malaysia berada di dalam kedudukan tiga pasaran terbaik dunia.

Ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana pasaran Malaysia bukanlah satu pasaran yang mempunyai populasi besar seperti pasaran China ataupun India.

Honor View20 sudah pastinya terkenal kerana kamera 48MP yang dimiliki telefon pintar ini namun kehebatan atau keupayaan sebenar telefon pintar ini bukanya pada kamera.

Skrin paparan All-View dengan kamera selfie ‘hole-punch’

Perkara pertama yang akan menarik perhatian kita adalah skrin paparan dan Honor View20 tidak menepikan aspek astetik skrin yang sempurna.

Dengan berakhirnya era skrin paparan dengan takukan, Honor View20 menjadi antara perintis didalam memperkenalkan reka bentuk skrin all view yang turut memiliki lubang untuk kamera selfie.

Ianya adalah skrin paparan LTPS berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ 2310 x 1080 yang memberikan kepadatan piksel 398ppi.

Sentiasa menonjol dengan Honor View20 yang hadir dengan reka bentuk panel belakang Aurora Nanotexture.

Honor View20 boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar paling cantik bagi tahun 2019 dan ianya adalah kerana pengunaan reka bentuk Aurora Nanotexture.

Reka bentuk ini memberikan efek gradiasi dan ukiran ‘chevron pattern’ atau V yang melambangkan siri V telefon pintar ini.

Honor View20 ini hadir didalam tiga warna yang menarik iaitu biru, merah dan hitam.

Atasi segalanya dengan pemproses kelas flagship Kirin 980 dan GPU Turbo 2.0

Honor View20 juga menjadi telefon pintar pertama Honor untuk menggunakan pemproses Kirin 980 yang merupakan pemproses 7nm pertama didunia.

Dengan cipset terbaru ini, Honor View20 menjanjikan 75% peningkatan prestasi dan pada masa yang sama 58% lebih efisen tenaga.

Unit pemprosesan grafik (GPU) pula hadir dengan 46% peningkatan prestasi dan pada masa yang mana 178% lebih efisen tenaga.

Selain itu, Honor View20 ini juga hadir didalam dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB.

‘Lagging’ pada Honor View20 boleh dikatakan tidak wujud kerana ianya hadir dengan teknologi GPU 2.0 yang meningkatkan prestasi peranti ketika gaming dan pada masa yang sama menjimatkan bateri.

Pengalaman gaming kini lebih menyeluruh dengan teknologi gaming 3D Motion dan teknologi penyejukan cecair.

Umum diketahui bahawa Honor View20 hadir dengan sensor kamera 48MP namun tidak ramai tahu telefon pintar ini turut hadir dengan sensor kamera 3D ToF (time of flight).

Dengan pengunaan kamera ini, Honor View20 kini menawarkan kebolehan anda bermain permainan video berdasarkan pergerakan badan anda yang dikenali sebagai 3D Motion Controlled Gaming.

Anda hanya perlu membeli Honor Dock dan kabel HDMI untuk merasai sendiri pengalaman gaming yang unik ini.

Selain itu, permainan video yang lebih tradisonal juga mendapat rawatan istimewa dari Honor View20.

Honor View20 juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair dengan paip haba yang diletakkan pada posisi ‘S’ yang membolehkan komponen-komponen penting dalam View20 kekal pada suhu yang optimum untuk prestasi gaming yang konsisten dan selesa untuk pengguna.

Kekalkan gaya hidup sihat dengan AI Calorie Counting
 

Mengekalkan pelan diet anda kini lebih mudah dengan Honor View20 kerana telefon pintar ini hadir dengan teknologi pengiraan kalori secara langsung.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya membuka aplikasi kamera dan AI pada peranti anda akan mengecam jenis makanan tersebut dan menunjukkan jumlah kalori yang terkandung.

Anda tidak lagi perlu ‘menggoogle’ secara manual jumlah kalori sesuatu makanan sebelum ingin menjamu selera.

Sampai ke lokasi dengan tepat melalui teknologi GPS dwifrekuensi AI pada Honor View20 

Honor View20 hadir dengan teknologi pemilihan satelite GPS AI dan GPS dwi-frekuensi yang membolehkan anda mencari destinasi anda dengan ketepatan yang terbaik dan fungsi sudah pastinya berguna apabila anda ‘balik kampung’

p/s : Raya dah dekat 😉

Honor View20 kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 bagi versi 6GB+128GB manakala versi 8GB+256GB pula hadir dengan harga penjualan RM 2,499.

Pembelian Honor View20 boleh dibuat secara atas talian di laman rasmi Honor Malaysia di Hihonor, Lazada, stor Honor seluruh Malaysia dan wakil penjual sah.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan 18 bulan waranti pada harga dari RM 2,699

Huawei tawarkan program tukaran telefon pintar untuk membeli P30 atau P30 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.