Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y7 Pro 2019 telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM 649 sahaja

Huawei secara rasminya telah mengumumkan penawaran Huawei Y7 Pro ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan penjualan yang sangat berpatutan iaitu RM 649 sahaja.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan 18 bulan waranti pada harga dari RM 2,699

Huawei Y7 Pro 2019 akan hadir dengan skrin paparan dew-drop HD+ berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 86.7%, pemproses Qualcomm Snapdragon 450, 3GB RAM, 32GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Huawei Y7 Pro 2019 ini juga memiliki tetapan kamera utama 13MP+2MP kamera kedalaman, kamera selfie 16MP, slot microSD sehingga 512GB dan Android 8.0 + EMUI 8.0.

Huawei Y7 Pro 2019 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru auroro dengan harga penjualan RM 649 dan setiap pembelian Y7 Pro akan menerima pengecas dalam kereta Huawei AP31 bernilai RM 68.

Pra-tempahan Huawei Y7 Pro 2019 boleh dibuat sekarang dan terima stok anda pada 6 April 2018.

Beli Huawei Y7 Pro 2019 di SiNi 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.