Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei tawarkan program tukaran telefon pintar untuk membeli P30 atau P30 Pro

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi dengan harga penjualan dari RM 2,699 sahaja.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,699

Dengan pelancaran model baru siri Huawei P, sudah pasti ramai yang tergoda untuk memiliki telefon pintar yang sudah mula menerima gelaran telefon pintar dengan kamera terbaik didunia.

Sehubungan dengan itu, Huawei telah mengumumkan program Level-Up yang membolehkan anda menukar telefon pintar Huawei anda yang lama kepada Huawei P Series yang baru.

Huawei telah menyenaraikan 16 model telefon pintar Huawei yang layak menyertai program Level-Up Huawei P30 ini dan senarai penuh adalah seperti dibawah :

Sedikit mengecewakan adalah, Huawei hanya menawarkan program ini bagi pemilik telefon pintar Huawei dan nilai trade-in ini dilihat rendah berbanding apa yang ditawarkan pasaran.

Apa pun jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar baru siri Huawei P30 melalui program Level-Up ini, anda boleh mengunjungi mana-mana stor Huawei diseluruh negara.

maklumat lanjut mengenai program Level-Up di SiNi

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan 18 bulan waranti pada harga dari RM 2,699

Comments

comments