Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi CNY Nokia membolehkan anda membeli telefon pintar terbaik Nokia dengan diskaun sehingga 25%

HMD Global telah mengumumkan bahawa sempena Tahun Baru Cina 2019 yang bakal diraikan didalam beberapa sahaja lagi, telefon pintar Nokia di Malaysia akan hadir dengan diskaun menarik sehingga 25% sepanjang bulan ini.

Nokia 9 dengan teknologi lima sensor kamera akan dilancarkan di MWC bulan hadapan

Sebanyak 7 model Nokia telah disahkan akan menerima potongan harga menarik ini iaitu Nokia 7 Plus, Nokia 6.1 Plus, Nokia 5.1 Plus, Nokia 6.1, Nokia 3.1, Nokia 2.1 dan Nokia 1.

Dengan penjimatan sehingga 25%, anda mungkin tidak memperoleh tempoh lebih baik untuk memiliki telefon pintar terbaik Nokia pada harga hebat ini.

Berikut adalah harga asal dan harga promosi kesemua model Nokia yang ditawarkan di Malaysia – (harga promosi ini adalah sehingga 28 Februari 2019)

Nokia 8.1 – RM 1,699 – tiada perubahan harga

Nokia 7 Plus RM 1,429 –  ̶R̶M̶ ̶1̶6̶0̶0̶

Nokia 6.1 Plus RM 999 –  ̶R̶M̶ ̶1̶1̶4̶9̶

Nokia 5.1 Plus RM 839 –  ̶R̶M̶ ̶8̶9̶9̶

Nokia 6 – RM 899 –  ̶R̶M̶ ̶1̶1̶8̶9̶

Nokia 3.1 – RM 599 –  ̶R̶M̶ ̶6̶8̶9̶

Nokia 2.1 – RM 399 –  ̶R̶M̶ ̶4̶3̶9̶

Nokia 1 – RM 269 –  ̶R̶M̶ ̶2̶9̶9̶

Dengan tawaran hebat seperti ini, pembelian produk Nokia sepanjang bulan ini bakal memberikan pengguna penjimatan yang sangat baik dan tawaran ini mungkin tidak hadir lagi untuk tahun ini.

Untuk mengetahui lokasi stor Nokia yang berhampiran dengan anda boleh klik di SiNi

ULASAN : Nokia 5.1 Plus – Telefon Pintar Android One Mampu Milik Terbaik Di Pasaran

Nokia 8.1 kini di Malaysia pada harga RM 1,699

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.