harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Motorola One – telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 1

ULASAN : Motorola One – telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja

Pengenalan

Jenama Motorola yang semakin menyepi dipasaran Malaysia cuba membuat satu lagi ‘comeback’ yang dilihat mempunyai potensi untuk menambat semula hati pengguna di Malaysia khususnya dikalangan golongan muda yang mahukan satu telefon pintar Android yang mampu memenuhi kegunaan harian mereka.

Motorola One telefon pintar Android tulen mampu milik telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan ini dan ianya hadir dipasaran dengan harga penjualan RM 799 sahaja.

winner78

Motorola One telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos yang lalu dan kemasukkan ke pasaran Malaysia sudah pastinya memberikan pengguna satu pilihan baru dipasaran.

lebih menarik, Motorola One ini ditawarkan secara eksklusif melalui platform e-perdagangan Shopee yang mempunyai hampir 16 juta pengguna aktif sekaligus memberikan Motorola One satu permulaan yang baik untuk berjaya dipasaran tempatan yang sangat kompetitif.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 2

Reka Bentuk

Motorola One hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan Apple iPhone X/XS dan tiada apa yang harus dimalukan kerana hampir kesemua model telefon pintar dipasaran mempunyai reka bentuk yang sedikit sebanyak sama seperti telefon pintar iPhone.

Bercakap mengenai panel hadapan, Motorola One hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci yang hadir dengan gelas perlindungan daripada Corning dengan takukan yang sudah sinonim dengan telefon pintar.

Ianya mempunyai sisi yang bulat dengan lapisan gelas 2.5D yang meningkatkan lagi penampilan kosmetik telefon pintar Motorola One ini.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 3

Selain itu, tulisan Motorola juga telah ditempatkan dibahagian bezel bawah.

Beralih kepada panel belakang Motorola One, ianya adalah panel gelas yang sangat tertarik dengan capjari.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 4

Selain itu, Motorola One ini juga memiliki modul dwi-kamera yang mana kelihatan unik bagi pandangan kami selain sensor capjari yang turut menempatkan logo Motorola (ini pun unik jugak).

Selain itu,terdapat juga logo Android One yang memberikan kita peringatan bahawa ianya adalah telefon pintar Motorola dibawah program Android One.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 5

Pada bahagian bawah terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara yang mempunyai pensijilan Dolby Audio yang merupakan antara kelebihan telefon pintar ini sebagai peranti multimedia terbaik.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 6

Skrin Paparan

Motorola One hadir dengan skrin paparan 19:9 Max Vision berukuran 5.9-inci yang dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla.

Ianya adalah panel LTPS IPS LCD yang memiliki resolusi HD+ 720 x 1520 dengan kepadatan piksel  287ppi.

Dengan harga RM 799, pengguna sudah pastinya menjangkakan penawaran skrin paparan FHD+ yang dilihat sebagai keperluan minima bagi telefon pintar dipasaran walaupun pada harga mampu milik seperti ini.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 7

Harus diingat juga bahawa pengeluar telefon pintar seperti Honor dan Xiaomi mampu menawarkan telefo pintar dengan skrin paparan FHD+ pada harga yang sama atau lebih murah dari Motorola One.

Bagi kami, panel skrin paparan yang dimiliki oleh Motorola One ini masih memuaskan dan pengunaan resolusi HD+ tidak begitu ketara pada mata kami.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 8

Pemproses

Motorola One hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 berkelajuan 2.0GHz yang turut dipadankan dengan unit pemprosesan grafik Adreno 506.

Selain itu, Motorola One ini turut dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman yang dimiliki oleh Motorola One ini boleh dikatakan antara yang paling baik dipasaran telefon pintar bajet kerana telefon pintar pada tahap harga seperti ini biasanya hadir 3GB RAM dan 32GB memori dalaman.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 9

Dengan sistem operasi Android yang asli, anda akan menikmati pengalaman pengunaan Android yang sama seperti telefon pintar Google Pixel.

Walaupun hadir dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo didalam kotak, harus kami nyatakan bahawa kemaskini Android 9.0 Pie telah pun tersedia untuk telefon pintar Motorola One ini.

Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan prestasi Motorola One yang dilihat mempunyai kuasa yang mencukupi untuk melalui tugas harian pengguna dengan tanpa sebarang masalah.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 10

Motorola One turut hadir dengan pintasan Moto Actions iaitu dua hayunan untuk membuka lampu flash dan dua pulasan untuk membuka aplikasi kamera.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 11

Kamera

Motorola bukan satu syarikat yang terkenal dengan kebolehan kamera dan kami tidak mempunyai harapan yang terlalu tinggi dengan kamera Motorola One ini.

Walaubagaimanapun, kamera utama Motorola One ini telah membuat kejutan dengan prestasi fotografi yang baik dan kami juga berani mengatakan bahawa ianya antara yang terbaik pada tahap harga ini.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 12

Motorola One memiliki tetapan kamera utama 13MP + 2MP yang masing-masing memiliki aperture f/2.0 dan f/2.4 dan disertakan dengan satu flash LED (CCT).

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 13

Mod gambar Spot Color

Pada keadaan cahaya yang sempurna, Motorola One mampu mengambil gambar yang baik dan terdapat juga mod manual, mod portrait yang mana tahap kekaburan boleh anda laraskan sendiri dan mod spot color yang membolehkan anda memilih satu subjek yang akan kekal berwarna pada gambar hitam putih.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 14

Penggambaran waktu malam menggunakan mod manual

Selain itu, Motorola One juga hadir dengan sokongan rakaman video 4K 30fps, video gerak perlahan, video timelapse dan YouTube Live.

Kamera selfie Motorola One adalah unit 8MP f/2.2 yang turut disertakan dengan flash dan mod kecantikan ‘face beauty’.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 15

Bateri

Motorola One hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas TurboPower.

Pengecasan pantas 15W ini mampu menawarkan 6 jam pengunaan peranti dengan pengecasan selama 20 minit sahaja.

Dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang dipadankan dengan pemproses Snapdragon 625 yang efisen, Motorola One mampu mengharungi hampir 1 1/2 hari tanpa perlu sebarang pengecasan (pengunaan secara purata dan bukanya agresif).

Penawaran slot USB-C dan sokongan pengecasan pantas pada telefon pintar dibawah harga RM 800 adalah sangat jarang dan Motorola harus dipuji kerana mampu menawarkan teknologi ini pada Motorola One.

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 16

Penutup

Motorola One ternyata mempunyai beberapa ciri-ciri yang memberikan ianya kelebihan apabila dibandingkan dengan telefon pintar lain pada tahap harga yang sama namun syarikat ini mempunyai tugas yang sukar untuk meyakinkan pengguna di Malaysia untuk beralih kepada jenama ikonik yang semakin dilupakan.

Walaubagaimanapun dengan harga penjualan RM 799, Motorola One adalah telefon pintar yang patut anda pertimbangkan sekiranya anda berada dipasaran untuk membeli telefon pintar bajet yang menawarkan teknologi terbaru dan sistem operasi Android yang asli.

Motorola One kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 dan pembelian boleh dibuat secara eksklusif di Shopee Malaysia ( stor atas talian rasmi Motorola).

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Motorola One

ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 17ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 18ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 19ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 20ULASAN : Motorola One - telefon pintar Android One yang ditawarkan di Shopee dengan harga RM 799 sahaja 21

harimaubet