harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei berada ditempat ke-12 Global Brand Finance dengan nilai sekitar RM 255 bilion

Huawei berada ditempat ke-12 Global Brand Finance dengan nilai sekitar RM 255 bilion 1

Syarikat penilai jenama yang berpangkalan di Britian, Brand Finance telah mengeluarkan senarai 500 jenama terbaik bagi tahun 2019 dan Huawei telah mendapat tempat ke-12 diperingkat global.

Nilai syarikat Huawei kini bernilai $62.278 bilion yang meletakkan syarikat pengeluar telefon pintar ini ditempat ke-12 berbanding ditempat ke 25 tahun lalu.

Dengan pertumbuhan sebanyak 63.7%, Huawei sekali lagi membuktikan sebagai jenama paling berkembang pesat didunia.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Pada tahun 2018, Huawei juga telah berjaya menjual lebih dari 200 juta unit telefon pintar yang menjadikan pendapat melebih $50 bilion.

Huawei berada ditempat ke-12 Global Brand Finance dengan nilai sekitar RM 255 bilion 2

Daripada 206 juta unit tersebut, 17 juta unit adalah bagi siri Huawei P20 selain 7.5 juta unit siri Mate 20 yang baru dilancarkan pada bulan Oktober yang lalu.

Salah satu penyumbang kejayaan ini adalah inovasi berterusan Huawei berdasarkan keperluan pengguna dan sentiasa memperbaiki pengalaman pengunaan.

Pada tahun 2019, Huawei mempunyai potensi untuk berada didalam senarai 10 syarikat terbaik Global Brand Finance dengan nilai syarikat yang lebih tinggi berbanding tahun 2018.

Setakat ini, Huawei telah memperkenalkan Huawei Nova 4 yang merupakan antara telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi skrin Fullview dengan lubang khas pada skrin untuk kamera.

Huawei Nova 4 akan mula dibuka untuk tempahan di Malaysia pada 8 Februari ini pada harga RM 1,899.

Menjelang Mac 2019, kita bakal menyaksikan pelancaran Siri Huawei P30 yang dijangka akan merevolusikan lagi industri telefon pintar khususnya dari segi teknologi kamera.

 

harimaubet