Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 7 Plus dan Nokia 1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

HMD Global secara rasminya telah melancarkan Nokia 7 Plus dan Nokia 1 ke pasaran Malaysia.

Kedua-dua telefon pintar ini telah dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress bersama-sama Nokia 8 Sirocco dan Nokia 8810.

Nokia 7 Plus adalah telefon pintar pertama syarikat ini dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.01-inci (FHD+) dan turut mendapat penghormatan sebagai telefon pintar Nokia pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 660.

Nokia 7 Plus hadir dengan tetapan dwi-kamera Zeiss 12MP yang mempunyai aperture f/1.75 dengan satu lagi lensa telefoto 12MP dengan aperture f/2.6.

Kamera selfie Nokia 7 Plus adalah unit kamera Zeiss 5MP dengan lensa lebar 84 darjah yang mempunyai aperture f/2.0.

Bercakap mengenai kapasiti RAM dan memori dalaman, Nokia 7 Plus hadir dengan 4GB RAM yang dipadankan dengan 64GB memori dalaman.

Bercakap mengenai Nokia 1 pula, ianya adalah telefon pintar kelas ‘entry-level’ yang merupakan peranti edisi Android Go.

Nokia 1 hadir dengan skrin paparan FWVGA IPS berukuran 4.5-inci, pemproses MT6737M berkelajuan 1.1GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman dan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo yang tulen.

Nokia 1 ini juga mempunyai kamera utama 5MP dengan flash LED, kamera hadapan 2MP, bateri berkapasiti 2,150mAh dan sokongan dwi-SIM.

Nokia 7 Plus akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan harga RM 1,699 dengan penjualan bermula 20 April manakala Nokia 1 akan memiliki harga penjualan RM 339 dengan penjualan bermula 13 April ( percuma satu express-on cover).

Pembelian Nokia 7 Plus akan hadir dengan kotak ekslusif yang mengandungi tripod Bluetooth, Lensa ‘Fish Eye’ lebar dan mikro bernilai RM 300 ( sementara stok masih ada).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.