Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Unifi Mobile kini hadir dengan pelan bulanan serendah RM 19 sahaja

Telekom Malaysia secara rasminya telah melancarkan pelan Unifi Mobile yang terbaru yang menjadikan pelan yang ditawarkan oleh Unifi Mobile ini adalah sangat berpatutan dan mengikut keperluan dan kemampuan anda.

Unifi Mobile kini hadir dengan 4 pelan bulanan yang baru iaitu Unifi 19, Unifi 29, Unifi 39 dan Unifi 59 yang mana angka dibelakang melambangakan bayaran bulanan.

Bagi pelan Unifi 19, pelanggan akan menerima 2GB internet bulanan (1GB LTE + 1GB 3G) berserta 5 minit panggilan dan 25 SMS percuma (ada lagi ke guna SMS) .

Beralih kepada pelan Unifi 29 dan Unifi 39 pula hadir dengan 3GB (2GB LTE + 1GB 3GB) dan 5GB (4GB LTE + 1GB 3G) dengan kedua-dua pelan ini turut hadir dengan 50 minit masa panggilan dan 25 SMS percuma.

Pelan Unifi 59 pula adalah pelan yang mungkin paling di tunggu-tunggu kerana ianya hadir dengan 10GB kuota internet (9GB LTE + 1GB 3G) selain 100 minit masa panggilan dan 25SMS percuma,  semua ini harga RM 59 sahaja.

Selain itu, pada majlis pelancaran #khabarbaik ini, Telekom Malaysia juga telah memberikan status terkini kemaskini Unifi Turbo dengan 910,000 pelanggan Unifi dan 66% daripada 340,000 pelanggan Streamyx yang tinggal dikawasan lingkungan Unifi juga telah beralih kepada pelan Unifi.

TM juga berharap dapat menyelesaikan aktiviti naik taraf pada bulan Mac 2018.

Selain itu, bagi pelanggan Unifi yang baru, pemasangan akan dibuat didalam masa 24 jam selepas pendaftaran dibuat dan ianya termasuk bagi hari sabtu dan ahad.

maklumat lanjut di Unifi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.