Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Phone 2 telah dikesan di AnTuTu

Ketua pegawai eksekutif Razer sebelum ini telah mengesahkan bahawa generasi kedua telefon pintar gaming Razer Phone akan dilancarkan tidak lama lagi dengan pelancaran rasmi dijangka akan berlangsung sekitar bulan Disember tahun ini.

Walaupun pada mulanya Razer Phone 2 ini dikatakan akan hadir dengan pemproses terbaru Qualcomm yang belum dilancarkan iaitu Snapdragon 855, pangkalan data ujian AnTuTu telah mendedahkan bahawa Razer Phone 2 akan hadir dengan Snapdragon 845.

Selain itu, Razer Phone juga akan hadir dengan skrin paparan QHD yang memiliki resolusi 1440 x 2560 dengan nisbah 16:9 yang merupakan nisbah yang digemari gamers.

Skrin dijangka akan dibekalkan oleh Sharp iaitu panel IGZO IPS yang menyokong kadar “refresh rate” 120Hz dan dengan sokongan Qualcomm W-Sync.

Razer Phone 2 dijangka akan turut hadir dengan 8GB RAM, Android 8.1 Oreo( mungkin hadir dengan Android Pie ketika pelancaran) dan akan memiliki 512GB memori simpanan dalaman.

Razer Phone 2 dijangka akan memperbaiki pencapaian Razer Phone yang mendapat sambutan baik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.