Kempen Shopee 9.9 kembali lagi dengan diskaun sehingga 99%
Shopee Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa karnival penjualan tahunan Shopee 9.9 akan kembali lagi tahun ini dengan diskaun sehingga 99% sepanjang 14 hari kempen penjualan Shopee 9.9 ini.
Dengan lebih 10,000 penjual, 120 jenama dan 40 rakan korporat, bakal pembeli ketika kempen Shopee 9.9 bakal menikmati banyak promosi dan tawaran menarik mulai 27 Ogos sehingga 9 September 2018.
Pada 27 Ogos 2018, kempen akan bermula dengan penjualan Super Brands Festival yang akan meliputi pelbagai jenama terkemuka diikuti dengan 13 lagi tema penjualan harian seperti Super Electronics Day, Super Beauty Day, Super Fashion Day, Super Free Shipping Day, Super Home Day dan banyak lagi.
Kemuncak penjualan ini adalah pada 9 September 2018 yang dinamakan sebagai 9.9 Super Shopping Day yang menawarkan 9 pusingan penjualan “Shocking Sale”.
Shope 9.9 juga akan menawarkan 99 juta Shopee Coin sepanjang kempen ini dan pada 9 September 2018, pengguna boleh mengoncang sebanyak 18 kali didalam masa 24 jam untuk mengumpul coin Shopee ini.
Selain itu, Shopee turut telah berkerjasama dengan pelbagai rakan korporat seperti Bank, Telko, e-perdagangan dan banyak lagi.
Selepas mencapai hampir 3 kali ganda pembelian dan 5 kali ganda lawatan pada kempen Shopee 9.9 tahun lalu, Shopee 9.9 tahun ini dijangka akan memecah rekod tahun lalu.
maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 boleh di baca di sini